- advertisement -

Astro mengumumkan, mereka akan memberi tontonan percuma bagi saluran kanak-kanak (Kids Pack) dan berita (News Channel) sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) ini.

Kita sedia maklum, PKP 2.0 bermula hari ini 13 Januari untuk tempoh 14 hari bagi 6 buah negeri – Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka. Jadi bagi negeri-negeri ini mereka tidak dibenarkan untuk merentas negeri dan daerah berbeza dengan kawasan PKPB dan PKPP yang dibenarkn untuk rentas daerah sahaja.

Jadi disebabkan itulah, mereka yang berada di negeri PKP kebanyakkan adalah bekerja dari rumah (Work From Home) dan sekolah juga tidak dibuka pada 20 Januari ini kecuali bagi murid yang menghadapi peperiksaan seperti SPM dan STPM.

Astro Belanja Siaran Percuma

Oleh itu, Astro berbesar hati untuk memberikan tontonan percuma kepada semua pelanggan Astro bagi saluran kanak-kanak (Kids Pack) dan saluran berita (News Channel) bermula hari ini sehingga 26 Januari 2021.

- advertisement -

Tontonan percuma ini juga melibatkan kandungan di On Demand dan juga melalui aplikasi Astro Go. Jadi anda boleh tonton dimana-mana sahaja.

Antara saluran yang anda boleh tonton secara percuma sepanjang PKP ini adalah seperti berikut:

Saluran Kanak-Kanak (Kids Pack)

Boomerang, Nick Jr., Cartoon Network dan Nickelodeon.

BACA :  Saluran Disney Dihentikan Dan Diganti Dengan Boomerang Dan Nick Jr Di Astro

Saluran Berita (News Channel)

CNN, BBC World News, AlJazeera, CNA, CNBC, Bloomberg, ABC Australia, Astro Awani, Bernama dan CGTN.

Harap dalam tempoh ini juga, Astro bagi juga tonton percuma untuk Movie Pack. Pleaseeeeee Astro

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here