- advertisement -

Dalam sidang media harian hari ini, menjawab soalan daripada pihak media, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan penganjurang ABPBH 2020 adalah dibenarkan semasa dalam tempoh PKPB.

Nitizen persoalkan sebelum ini, bagaimana masjid ditutup, pertandingan bola sepak tidak dibenarkan tetapi penganjuran acara besar-besaran ini dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Jadi melalui jawapan Menteri sebentar tadi, acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (2020) tahun ini dibenarkan adalah kerana penganjuran acara ini adalah di bawah industri kreatif dan ianya dibenarkan semasa PKPB.

Tetapi beliau menegaskan, penganjur acara ini perlu patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat yang telah disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) termasuklah pemantauan oleh pihak polis serta Majlis Keselamatan Negara sepanjang acara berlangsung seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaGazette.

- advertisement -

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah sepanjang acara ini ianya mestilah dijalankan tanpa penonton, tiada peserta dari luar negara dan setiap peserta termasuk kru perlu memakai face mask atau face shield sepanjang acara berlangsung. Jika tidak dan ada berlaku pelanggaran SOP, tindakan akan diambil.

Penganjuran ABPBH 2020 Dibenarkan Semasa PKPB

Untuk rekod, Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 2020 ini merupakan edisi ke-35 dengan membawa tema #ABPBHKITA2020. Kali ini ianya mempertandingkan 13 kategori utama selain 5 kategori online.

ABPBH2020 akan berlangsung dalam norma baharu iaitu tanpa penonton yang terus dipancarkan secara langsung di TV3 pada 13 November 2020, jam 9 malam. Anda juga boleh tonton melalui platform digital di TONTON, Youtube TV3Official, Youtube BH dan buat pertama kalinya anda boleh strim melalui aplikasi TikTok.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here