Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Shila Amzah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.
BACA : Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) Tahun 2021
Naib Juara dimenangi komposer Bunga Cantik dan Hang Nadim dengan lagu Cinta yang dipersembahkan oleh Marsha Milan. Mereka menerima wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Tempat ketiga disandang lagu Mimpi ciptaan Haqiem Rusli dan Datuk A. Aida nyanyian Haqiem Rusli. Mereka menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.
Aina Abdul yang membawakan lagu Sepi diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.
Manakala Marsha Milan sekali lagi dengan lagu Cinta telah melayakkan dirinya menerima trofi persembahan terbaik dan telah menerima wang tunai RM18,000 beserta trofi.
Kesemua persembahan 12 finalis AJL diadili oleh 10 juri profesional iaitu LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan. Manakala Datuk Mokhzani Ismail bertindak sebagai ketua juri.
Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 36 mengangkat ‘Ini Rentak Kita’ sebagai tema persembahan.
Pada malam tersebut, penonton juga diserikan lagi dengan persembahan hebat daripada penyanyi seperti Mas Idayu, Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat, Cassia dan kumpulan Wings.
AJL 32 menampilkan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai hos. Sissy Imann dan Sean Lean mengendalikan karpet merah.
Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 (AJL36)
JUARA
SOG X Shila Amzah : Pelukan Angkasa
Komposer: Raja Nazrin Shah
Lirik: Fazleena Hishamuddin
NAIB JUARA
Marsha Milan : Cinta
Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim
Lirik: Hang Nadim
TEMPAT KETIGA
Haqiem Rusli: Mimpi
Komposer: Haqiem Rusli & Datuk A.Aida
Penulis Lirik : Haqiem Rusli & Datuk A.Aida
VOKAL TERBAIK
Aina Abdul: Sepi
PERSEMBAHAN TERBAIK
Marsha Milan: Cinta
PENYANYI PILIHAN POPULAR AJL 36
Nafas Cinta: Khai Bahar & Aina Abdul
Tahniah kepada semua pemenang AJL36