- advertisement -

Selepas mendapat sambutan yang sangat hebat, Netflix telah mengumumkan Alice In Borderland akan disambung untuk musim kedua.

Untuk yang belum tonton lagi, Alice In Borderland merupakan siri Netflix Original aksi yang diadaptasi daripada komik atau manga popular di Jepun.

- advertisement -

BACA : Tajuk Episod Stranger Things Musim Ke-4 Didedahkan

Selepas tayangan awal pada 10 Disember 2020 yang lepas, siri tv ini berada di senarai top 10 Netlifx di lebih 40 buah negara termasuk Malaysia. Alice In Borderland menampilkan barisan pelakon seperti Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya, NijirĂ´ Murakami dan ramai lagi

alice in borderland

Siri TV Netflix Alice In Borderland

Cerita ini mengisahkan Arisu yang terpilih dan dimasukkan ke dunia permainan yang berlaku di sekitar Tokyo, Jepun. Mereka harus menang bagi setiap permainan yang disertai untuk terus hidup. Setiap permainan mempunyai cara tersendiri untuk survive dan setiapnya adalah ganas, ngeri, permainan pengkhianatan dan jika gagal, mereka akan mati.

Siri Netflix ini disiarkan sebanyak 8 episod untuk musim pertama. Untuk musim kedua ianya telah disahkan oleh pihak Netflix dan ianya akan disambung. Walaubagaimanapun masih tiada butiran terperinci berkaitan bila tarikh atau sinopsis untuk siri kedua ini.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here