Tahun baru mestilah wajah nak baru juga kan. Inilah yang dibuat oleh pihak RTM dimana RTM KLIK akan digunapakai bagi menggantikan MYKLIKRTM bermula 1 Januari 2021.
Jika dilihat daripada perkongsian RTM sendiri, perubahan ini hanya melibatkan nama dan URL sahaja. Jika sebelum ini, mereka menggunakan myklik.rtm.gov.my dan kini ianya ditukar kepada rtmklik.rtm.gov.my
Selain itu, segala nama yang menggunakan trademark MYKLIKRTM selepas ini akan ditukar kepada RTMKLIK termasuklah aplikasi mobile. Secara tidak langsung, logo yang digunapakai sebelum ini turut berubah.
Apa itu RTM KLIK?
MYKLIKRTM atau RTM KLIK ini sebuah platform digital bagi orang ramai menonton kesemua kandungan RTM secara online. Terdapat 2 cara iaitu melalui laman web dan juga aplikasi telefon pintar yang anda boleh dapatkan melalui Play Store, App Store atau App Gallery.
Melalui platform (laman web dan aplikasi) ini, anda boleh menonton dan mendengar siaran RTM dan Radio dimana-mana sahaja secara online. Anda hanya perlukan sambungan Internet sahaja dan ianya boleh digunakan secara percuma.
BACA : Tonton Drama Wasiat Dari Jordan Di TV Okey (RTM)
Antara kandungan yang disediakan :
- Live Streaming (TV) – Tonton program tv kesukaan anda melalui TV1, TV2, TV Okey, Berita RTm, TV Sukan dan RTM Parlimen
- Live Streaming (Radio) – Anda boleh dengar program kegemaran anda di Nasional FM, Radio Klasik, Minnal FM, Ai FM, Traxx FM, KL FM, Asyik FM, VFM, Wai FM dan radio tempatan disetiap negeri yang lain.
- Jadual TV – Disini juga anda boleh dapatkan jadual rancangan tv yang bersiaran pada hari tersebut dan 7 hari yang lain.
- Boleh akses semua media sosial RTM
Walaupun anda tiada TV dirumah, anda masih boleh menonton kandungan TV RTM terus daripada telefon pintar anda. Mudah kan!