- advertisement -

Rancangan hiburan komedi, Muzikal Lawak Superstar 2 akan kembali bersambung bermula 5 Mac ini. Program ini telah ditangguhkan buat seketika sebelum ini berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 13 Januari 2021 yang lalu.

Sepanjang tempoh PKP, rancangan siaran langsung yang melibatkan acara pentas dan orang ramai tidak dibenarkan berlangsung. Oleh itu, Astro memutuskan untuk menghentikan seketika program Muzikal Lawak Superstar 2 ini.

Seperti pengumuman yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, segala acara pentas siaran langsung boleh diadakan semula tetapi perlu patuhi SOP yang ditetapkan. Lagi pun, kini Kuala Lumpur dan Selangor sudah kembali kepada status PKPB dan bukan lagi PKP seperti sebelum ini.

Muzikal Lawak Superstar 2 Kembali Bersambung

Selepas lebih 2 bulan berehat, kini program MLS2 kembali menemui penonton iaitu bermula Jumaat ini, 5 Mac di Astro Warna dan Warna HD. Rancangan ini disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom).

- advertisement -

BACA : Saksikan Muzikal Lawak Superstar 2 Di Astro Warna

Muzikal Lawak Superstar (Dalam Komedi Ada Nyanyian) kini sudah memasuki musim ke-2 dan telah berlangsung untuk 4 minggu sebelum ianya ditangguhkan seketika. Jadi setakat ini, 4 kumpulan telah disingkirkan iaitu LEKLU, JAGO, GOJES dan STAMP. Jadi 10 lagi kumpulan yang tinggal untuk baki 8 minggu lagi bagi mengejar gelaran Juara Muzikal Lawak Superstat 2 untuk tahun 2021 ini.

Para Peserta akan diadili daripada undian online di portal Astro Gempak dan juga daripada markah juri tetap iaitu Dato Awie, Fazura dan Zul Ariffin.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here