- advertisement -

Muzikal Lawak Superstar 2 kembali untuk musim ke-2 dengan menampilkan 14 peserta yang disiarkan secara langsung di Astro Warna dan Warna HD.

Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) merupakan program realiti muzikal komedia untuk musim ke-2 dengan masih menggunakan tema sama ‘Dalam Komedi Ada Nyanyian‘.

Jika MLS musim pertama telah dimenangi oleh kumpulan JBorn diikuti UNI, Newboh dan Botak masing-masing tempat naib juara, tempat ke-3 dan ke-4. Untuk musim ke-2 siapakah yang bakal merangkul takhta juara itu nanti?

Sama seperti musim yang lalu, format kali ini menggunakan 50-50 iaitu 50% markah juri tetap dan 50% datang daripada undian peminat. Jadi anda boleh undi peserta kegemaran anda di rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2020 selama 12 minggu. Musim ini, masih mengekalkan Dato Awie sebagai ketua juri disamping 2 juri tetapi baru iaitu Fazura dan Zul Ariffin.

- advertisement -

Muzikal Lawak Superstar 2 akan dimeriahkan lagi 2 pengacara heboh dan kepoh iaitu Nabil Ahmad bersama dengan Elly Mazlein (Kak Lina Pom-Pom). Antara 14 peserta yang bertanding ialah ABC, GOJES, HEART, JAGO, JBORN, LEKLU, MASHUK, PUPPET, STAMP, TERUNA, UNI, VIRAL, ZOMBI dan ZUZUZU. Setiap kumpulan disertai oleh 3 ahli iaitu 2 pelawak bersama-sama seorang selebiriti sama ada penyanyi, pelakon atau personaliti popular.

BACA : Senarai Penuh 14 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Saksikan 14 Minggu Muzikal Lawak Superstar 2

Jadi bermula 18 Disember 2020, saksikan Muzikal Lawak Superstar 2 yang disiarkan secara langsung pada setiap Jumaat jam 9 malam hanya Astro Warna dan Warna HD. Anda juga boleh saksikan melalui platform striming di Astro Go. Saksikan juga Live+ di Youtube Astro Gempak.

Superstar Of The Week : VIRAL
Peserta Tersingkir : LEKLU

Superstar Of The Week : ABC
Peserta Tersingkir : JAGO

Superstar Of The Week : HEART
Peserta Tersingkir : GOJES

Superstar Of The Week : ABC
Peserta Tersingkir : STAMP

Superstar Of The Week : HEART
Peserta Tersingkir : Tiada Penyingkiran

Superstar Of The Week : HEART
Peserta Tersingkir : TERUNA dan ZOMBI

Superstar Of The Week : HEART
Peserta Tersingkir : PUPPET

Superstar Of The Week : VIRAL
Peserta Tersingkir : MASHUK

Superstar Of The Week :
Peserta Tersingkir :

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here