TV3 nampaknya bukan kaleng-kaleng apabila bakal menampilkan sebuah program tv terbaru yang diberi nama Master In The House Malaysia iaitu sebuah program hasil kerjasama Malaysia dan Korea. Ianya sebuah program inspirasi daripada Master In The House.
Dalam program Master In The House Malaysia (MITH) ini bakal menampilkan 5 selebriti popular Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA).


8 Master Daripada Korea Dan Malaysia
Mereka berlima akan berguru dengan 8 ‘Master’ yang disegani dalam industri yang diceburi mereka dan ianya terdiri daripada kedua-dua buah negara iaitu Korea dan Malaysia. 2 Master dari Korea dan 6 Master dari Malaysia.
2 Master Korea tersebut ialah Song Sung Deuk seorang koreografer dan juga pengarah HYBE Performance yang tidak asing bersama dengan K-Pop Idol BTS. Seorang lagi ialah BamBam merupakan seorang rapper, penyanyi dan penggubah lagu dan pernah mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014.
Manakala bagi Master dari Malaysia terdiri daripada Datuk Yusof Haslam (penerbit dan pengarah filem), Datuk Seri Siti Nurhaliza (penyanyi no. 1 negara), Datuk Rashid Sidek (lagenda badminton negara), Sherson Lian (hos tv dan cef selebriti) dan Usamah Zaid merupakan pengasas syarikat animasi, WAU Animation.
Program Master In The House Malaysia
Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu, mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasa-tugasa yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.
Disamping itu, 5 selebriti popular tersebut juga bakal menimba ilmu dengan individu-individu hebat dalam pelbagai bidang baik dari mereka dari Korea dan Malaysia setiap minggu. Mereka akan lakukan cabaran menari, memasak, bersukan, menyanyi dan banyak lagi


Penerbitan & Tajaan
Master In The House Malaysia merupakan kolaborasi antara Primeworks Studios dari Malaysia dan SBS Korea yang merupakan sebuah syarikat penyiaran dari Korea Selatan.
Manakala penaja utama bagi MITH iaitu CheongKwanJang (CKJ), penaja bersama Lifebuoy dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Waktu Bersiaran
Varierty show Master In The House Malaysia akan bersiaran selama 10 episod yang bakal ditayangkan setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam di TV3 bermula 15 Januari 2022.
Selain menonton di kaca tv, anda juga boleh saksikan program ini secara strim langsung pada hari yang sama di Tonton dan Youtube TV3 Malaysia Official.