Nampaknya malam anda akan dihantui la lepas ni. Astro akan bawakan sebuah drama Malaysian Ghost Stories yang akan mula disiarkan pada 25 Ogos 2021 di Astro Ria.
Jika sebelum ini drama aksi sukan, Ratu Ten Pin dan kemudian aksi perlawanan dari Saga dan Saga 2.0. Kali ini cerita seram pula yang akan disiarkan. Bagi peminat cerita hantu, mesti tidak mahu lepaskan peluang.
Episod : 18
Pengarah : Azhari Zain, Izuan Mokhtar dan Eoon Shuhaini
Idea Asal : Syawal Azrai
Skrip : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir
Produksi : Arie Zaharie Production & AA Success Pictures


Barisan Pelakon
Disebabkan ianya banyak episod dengan cerita yang berlainan, maka ramai pelakon yang terlibat dan semuanya pelakon-pelakon hebat seperti Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty dan Adam Shahz
Selain itu ada juga Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Malaysian Ghost Stories
Malaysian Ghost Stories membawakan kisah-kisah dan cerita hantu tempat yang biasa kita dengar atau pernah berlaku di Malaysia.
Setiap episod akan menceritakan kisah seram yang berbeza seperti kisah Nenek Hostel, Jin Pemusnah dan banyak lagi
Waktu Bersiaran
Kisah-kisah seram daripada Malaysian Ghost Stories ini akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam di Astro Ria.
Selain itu, boleh juga strim di Astro Go atau tonton menerusi On Demand dengan masa yang lebih fleksibel