Jangan lupa saksikan telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik yang akan menemui penonton semula pada 1 Julai 2022, hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Citra 108 atau secara online di astrogo.astro.com.my
Tayangan : Astro Citra 108
Tarikh : 1 Julai 2022 (Jumaat)
Waktu : 9.00 Malam
Karya : Mayasari Emma & Seri Dewi
Pengarah : Rashid Sibir
Produksi : MS Digital Studio
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Uqasha Senrose, Hisyam Hamid, Wan Maimunah Aziz, Zarynn Min, Liza Abdullah, Shyrim, Fifie, Rais Ismail dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Uqasha Senrose sebagai Suhaila
- Hisyam Hamid sebagai Qayyum
- Wan Maimunah Aziz sebagai Nenek
- Zarynn Min sebagai Suhana
- Liza Abdullah sebagai Mak
Sinopsis Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik
Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik yang diinspirasikan daripada kisah benar ang berlaku pada tahun 90an di sebuah perkampungan kecil di Pahang. Tidak disebutkan di mana dan nama keluarga sebenar demi menjaga aib mereka.
Cerita tentang sebuah keluarga yang ada sumpahan 7 keturunan, dilarang berkahwin dengan orang luar yang tiada ikatan keluarga. Namun pada tahun 90an yang dah moden, sumpahan itu tidak lagi dihirau. Suhaila yang bekerja di KL bertemu jodohnya dan mereka berkahwin. Takdirnya beliau meninggal awal.
Tiba tiba pada malam tahlilnya, mayat Suhailah jatuh gedebam dari atas loteng rumah jatuh pas pas depan suaminya. Suaminya hendaklah memikul semula Suhaila ke kuburan dengan memikul belakang mayat di atas belakangnya. Mayat itu dikatakan ringan seperti kapas.
Namun, satu persatu rahsia yang tersimpan disebalik keluarga Suhaila terbongkar. Wujud Suhaila yang hadir untuk merungkai segala kejahatan yang tersimpan! Siapakah dalang dalam semua kejahatan ini? Mampukah Qayyum menghantar kembali mayat arwah isterinya ke kubur?