Drama terbaru televisyen tempatan berjudul Life Lila akan mengisi slot Lestary selepas 28 Hari Mencari Cinta yang bakal disiarkan bermula 21 Januari 2022 di siaran TV3 dan platform penstriman online Disney+ Hotstar.
Sebuah drama yang diterbitkan oleh Mermaid Studios dibawah arahan Liyana Jasmay dengan menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Shasha Abedul, Aniq Suhair, Nia Atasha dan Siti Hariesa.
Episod : 13
Pengarah : Liyana Jasmay
Penulis Skrip : Faten Syamimie
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd.
Penerbit : Adriana Jasmay
Pelakon : Shasha Abedul, Nia Atasha, Siti Hariesa, Aniq Suhair, Dilla Ahmad, Dhuha Mansor, Nik Rifaie, Ariana, Zuraini Kassim dan ramai lagi
- Shasha Abedul sebagai Lila
- Nia Atasha sebagai Bibi
- Siti Hariesa sebagai Aina
- Aniq Suhair sebagai Zack
- Dilla Ahmad sebagai Julia
- Dhuha Mansor sebagai Udin


OST Drama
Tajuk : Alamak
Penyanyi : Sophia Liana & Harith Zazman
Komposer : Sophia Liana, Harith Zazman, Mas Dewanggan, Jova Devito, Aden King
Penulis Lirik : Sophia Liana, Harith Zazman, Mas Dewanggan, Jova Devito, Aden King
Sinopsis Drama Life Lila
Drama Life Lila mengisahkan Lila, seorang influencer di media social yang sangat berbakat dalam bidang kosmetik namun dia tidak serius dalam pekerjaannya.
Yang dulunya membahagiakan dan telah bertukar menjadi huru-hara kerana angkara diri sendiri yang memakan diri.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan drama bersiri Life Lila mulai 21 Januari ini, setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3.
Selain itu, drama ini juga akan ditayangkan menerusi platform penstriman online Disney+ Hotstar dan anda boleh tonton lebih awal daripada tayangan di tv. Hanya perlu langgan dengan harga RM54.90 untuk tempoh 3 bulan.