Sekarang tengan ditayangkan sebuah drama yang sepertinya lain daripada yang lain bertajuk Jalan Sesat Ke Syurga yang disiarkan di Astro Prima.
Sebelum permulaan tayangan pada 3 Ogos yang lepas, drama ini mendapat perhatian daripada warganet apabila sebuah poster promosi menggambarkan seorang wanita mengimamkan solat jemaah yang bercampur lelaki dan perempuan. Ajaran Sesat!!??
Selain daripada tarikan awal ini juga, pelakon yang membintangi drama ini juga tidak kurang hebatnya. Ada Aaron Aziz, Siti Elizad, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Drama ini di arahkan oleh 2 pengarah iaitu Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli.
BACA : Tonton Drama Astro, Pelindung Seorang Puteri Secara Online
Sinopsis Dan Pelakon Jalan Sesat Ke Syurga
Antara pelakon yang membarisi drama ini ialah Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Zul Helmy, Syrul Ezwan , Aleza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Sri Irdina dan beberapa pelakon lain lagi.
Hamzah (Aaron Aziz) dijodohkan dengan Inara (Siti Elizad) dan berhadapan dengan ajaran songsang fahaman Islam Liberal kedua ibu bapa mertuanya (Jalaluddin Hassan & Aleza Shadan) yang mengetuai kumpulan ajaran sesat masing-masing.
Inara adalah gadis periang yang hanya mahu berpeleseran. Selepas mengalami pengalaman ‘mati hidup semula’, Inara mula merasakan yang ini ialah peluang kedua untuk dia membetulkan semua kesilapan lalu. Inara mula sedar yang masih banyak yang perlu dipelajarinya Inara mula rapat dengan Hamzah. Namun dalam mencari jalan kebenaran, dia keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan oleh kedua ibu bapanya. Inara mula belajar tentang Hawa Islam tetapi rasa ada sesuatu yang janggal tentang pertubuhan itu. Inara juga mula didedahkan dengan Gerakan Elit.


Waktu Tayangan
Jangan lupa saksikan drama Jalan Sesat Ke Syurga setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang melalui slot Tiara di Astro Prima dan Prima HD. Sebanyak 34 episode yang akan ditayangkan di kaca tv. Selain itu anda juga boleh tonton di Astro GO dan On Demand serta tonton secara online di website Astro Gempak secara percuma.