- advertisement -

Sebuah lagi filem baru bertajuk Kerana Korona yang ditayangkan di Astro First bagi menikmati pawagam di rumah, lagi-lagi kena duduk rumah semasa PKP 2.0 ni kan.

Selepas drama Hadiah Dari Tuhan yang berkisahkan perjalanan hidup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini sebuah lagi cerita yang berunsurkan kehidupan semasa PKP tetapi dalam mod filem iaitu Kerana Korona.

BACA : Saksikan Filem 10 Tips Tipu Bini Di Astro First

Filem Kerana Korona ini juga menampilkan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya. Kini anda boleh lihat kembali Rita Rudaini kembali berlakon, ada Ummi Nazera, Rashidi Ishak, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.

- advertisement -

Tayangan : Astro First
Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Astro Shaw
Pelakon : Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Idan Aedan, Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Shasha Abedul, Umar Shakur, Anwaar Beg Boghal dan ramai lagi.

kerana korona

Sinopsis Filem Kerana Korona

Filem Kerana Korona ini menampilkan 3 cerita yang berlaku ketika negara dilanda pandemik COVID-19 atau lebih tepat ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac yang lalu.

Secara am, ianya mengisahkan tentang mengenai harapan, cinta dan keluarga berdepan dengan konflik masin-masing ketika dalam perintah berkurung.

Kisah pertama berkisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu antara Zati (Rita Rudaini) dan Razman (Rashid Ishak) bersama-sama anaknya, Harun (Idan Aedan) dan Bob (Umar Shakur). Mempunyai masalah keluarga yang dihadapi sepanjang tempoh PKP.

Kisah kedua menceritakan tentang seorang doktor iaitu Janna (Ummi Nazeera) dan kisah ketiga mengenai Leman (Jalaluddin Hassan) bersama jirannya Leila (Fatimah Abu Bakar).

Ketiga-tiga cerita ini ada pertalian antara satu sama lain.

OST Filem

Lagu : Sempurna
Penyanyi : Megat Zahrin & Gaia Choo

Waktu Tayangan

Jadi bermula 21 Januari 2021, Astro First bawakan filem istimewa iaitu Kerana Korona. Sila ke saluran Astro 480 untuk melanggan dengan harga RM15 untuk 48 jam. Anda juga boleh tonton secara On Demand atau melalui Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here