- advertisement -

Tahniah kepada lagu Gila yang dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki & Loca B telah dinobatkan sebagai juara bagi Anugerah Juara Lagu edisi ke-35 (AJL35) bagi tahun 2020/2021.

Buat pertama kali anjuran, AJL35 kali ini telah diadakan tanpa kehadiran penonton bagi memenuhi tuntutan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan COVID-19. Jadi pada malam tersebut, hanya peserta dan kru sahaja yang berada di dalam auditorium tersebut. Bukan itu sahaja, mereka mengehadkan hanya 6 orang sahaja yang berada di atas pentas bagi setiap persembahan.

anugerah juara lagu 35

Anugerah Juara Lagu Ke-35 telah dipancarkan secara langsung dari auditorium MBSA terus ke kaca tv melalui saluran TV3 yang diadakan pada 14 Mac 2021, Khamis bermula 9 malam. Selain daripada tonton di TV3, orang ramai juga boleh saksikan secara live di Tonton atau Youtube TV3 Malaysia.

Pada malam tersebut, sebanyak 12 lagu yang bertanding bagi merebut gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu Ke-35 selain daripada vokal terbaik dan persembahan terbaik. Kemenangan peserta ditentukan oleh 10 juri profesional termasuk anugerah vokal terbaik. Manakala persembahan terbaik datang daripada undian penonton di www.xtra.com.my/ajl35/voting.

- advertisement -

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35)

Barisan peserta telah memberikan persembahan yang terbaik walaupun tanpa kehadiran penonton. Jadi tahniah kepada semua peserta dan pemenang bagi AJL35 kali ini.

Juara
Lagu : Gila
Penyanyi : Kaka Azraff, Noki & Loca B
Komposer & Penulis Lirik : Noki, Loca B & Ezra Kong

Naib Juara
Lagu : Semalam
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer & Penulis Lirik : Aina Abdul

Tempat Ke-3
Lagu : Belenggu Rindu
Penyanyi : Wany Hasryta & Dato’ Jamal Abdillah
Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Vokal Terbaik
Penyanyi : Ernie Zakri
Lagu : Gundah

Persembahan Terbaik
Lagu : Eh
Penyanyi : Zizi Kirana

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here