- advertisement -

Musim ke-3 kini kembali! Siri drama Keluarga Baha Don 3 akan bersiaran seperti biasa di platform Viu Malaysia bermula 29 Julai 2021. Jadi peminat drama ini, jangan lupa untuk tonton semua episod

Drama komedi mafia, Keluarga Baha Don 3 merupakan kesinambungan daripada musim ke-2 sebelum ini yang rata-rata peminat berpuas hati dengan penceritaan dan jalan cerita yang diolah oleh pengarah Kye Fariz. Ini juga merupakan musim yang terakhir bagi drama ini.

>> Tonton Keluarga Baha Don dan Keluarga Baha Don 2

Judul : Keluarga Baha Don 3
Episod : 10 (Viu Original)
Pengarah : Kye Fariz
Pelakon : Remy Ishak, Khir Rahman, Fikry Ibrahim, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff, Mark Adam, Alvin Wong, Douglas Wong, Razak Ahmad, Sabri Yunus, Jihan Muse, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Junji Delfino, Amy Mastura, Puan Seri Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan dan ramai lagi

- advertisement -
keluarga baha don 3

Sinopsis Drama Keluarga Baha Don 3

Kali ini Jo Don (Remy Ishak) akan menghadapi cabaran terbesar bagi menghadapi musuh nya iaitu Bobby Bachan (Fikry Ibrahim) yang mana beliau merancana untuk menjatuhkan Keluarga Baha Don.

Kini Orang yang dicintai hilang dan ‘Migellin Stars’ ditarik balik, sementara tekanan dari dalam keluarga juga menjadi panas. Adakah Mat Don (Khir Rahman) akhirnya akan mendapat kesempatan untuk mengambil alih pemerintahan?

Adakah Ucu Don (Sharifah Aleysha) akan mengambil alih perniagaan teh haramnya selangkah lebih jauh? Dan adakah cinta Kesuma (Jihan Muse) untuk Mat Don benar-benar jujur atau adakah dia mempunyai agenda tersembunyi?

  • keluarga baha don 3
  • Screenshot 496 1

Waktu Tayangan

Nak tahu apa kesudahanya, jangan lupa saksikan Keluarga Baha Don 3 bermula 29 Julai ini, hari Khamis yang akan ditayangkan eksklusif menerusi aplikasi Viu Malaysia atau di laman web www.viu.com

Janggan lupa untuk langgan akaun Premium dengan harga serendah RM12.90 sebulan atau RM88 setahun.

Tonton Semua Episod Keluarga Baha Don 3

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here