- advertisement -

Mungkin berita ini tidak disukai oleh peminat drama melayu. Ini kerana pihak Drama Sangat mengumumkan dimana tayangan drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan berehat sebentar dan akan digantikan dengan drama Kebaya Kasut Kanvas.

Pengumuman ini dikongsikan oleh pihak Drama Sangat di laman sosial Instagram dan Facebook sebentar tadi tentang penangguhan tayangan drama tersebut bermula 2 Jun 2021, iaitu hari Rabu ini bagi slot Lestary TV3

Selain itu, pihak produksi Creative Skills Solution juga mengumumkan melalui insta story dimana drama ini tidak akan ditayang atas sebab-sebab tertentu mulai 2 Jun ini dan tayangan semula akan diberitahu kelak.

tangguh tayangan kekasih hati mr bodyguard

Sebab Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Tangguh Tayangan

Akan tetapi menurut perkongsian instagram sharifahrosesquad dimana, mereka memberitahu drama ini tidak ditayangkan atas sebab shooting masih lagi belum selesai. Oleh itu, mereka buat keputusan untuk tangguh dahulu tayangan di tv dan diganti dengan drama yang lain.

- advertisement -

Berita Baik!

Walaubagaimanapun, jika anda rindu untuk tonton semula lakonan Sharifa Rose bersama Redza Rosli menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, kini anda boleh tonton melalui aplikasi Disney+ Hotstar atau menerusi laman web www.hotstar.com/my dengan yuran langganan RM54.90/3 bulan.

Kini telah disediakan kesemua 10 episod yang anda boleh tonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here