Sebuah telefilem menerusi slot Drama On 2 berjudul Kasih Dia bakal menemui penonton sekali lagi pada 18 Januari 2022 di siaran RTM TV2.
BACA : Saksikan Telefilem Kampung Si Rabun (TV2
Telefilem dengan genre konflik kekeluargaan ini menampilkan barisan pelakon seperti Razak Ahmad, Adi Putra dan Sariyanti. Pastinya sebuah cerita yang penuh dengan pengajaran.
Tayangan : Drama On 2 di TV2
Pengarah : Rodzee A. Razak
Idea Asal : Muzaffar Muhammad
Penulis Skrip : Muzaffar Muhammad
Penerbit : Fakry Ab Rahman
Produksi : Excellent Golden Touch Sdn. Bhd.
Pelakon : Razak Ahmad, Adi Putra, Sariyanti, Roslan Salleh, Adik Muhammad Redzwan Adha, Isha MJ., Fatimah Az-Zahra, Azhar Abd Aziz dan ramai lagi.
- Razak Ahmad sebagai Ustaz Rashid
- Adi Putra sebagai Rashdan
- Sariyanti sebagai Rashidah
- Roslan Salleh sebagai Pak Mail


Sinopsis Telefilem Kasih Dia
Telefilem ini mengisahkan Ustaz Rashid telah diabaikan oleh anaknya. Kerana terlalu sedih dia membawa diri ke Kuala Lumpur untuk mencari seorang lagi anaknya yang ditinggalkan semasa kecil.
Waktu Bersiaran
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Kasih Dia pada 18 Januari ini, hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2.
Selain itu, anda juga boleh strim menerusi portal online rtm di rtmklik.rtm.gov.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.