- advertisement -

Astro akan bawakan sebuah siri filem Kampong Pisang dan kali ini berjudul Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang akan ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Ini merupakan karya terakhir Allahyarham Mamat Khalid dimana beliau merupakan pencetus idea bagi filem ini dan juga penghasilan skrip.

Walaupun begitu, beliau tidak sempat mengarahkannnya dan tugas tersebut diambil alih oleh anaknya, Amen Khalid sebagai pengarah

Tayangan : Astro First
Pengarah : Amen Khalid
Idea Asal : Allahyarham Mamat Khalid
Penulis Skrip : Allahyarham Mamat Khalid
Produksi : Enjit-Enjit Semut Production & Astro Shaw.

- advertisement -
kampong pisang berbuah dua kali

Barisan Pelakon

Untuk filem ini, ramai pelakon dan watak yang masih dikekalkan dalam ‘Universe Kampong Pisang‘ seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri, Ahmad Yassin dan Rasydan Zakaria

Selain itu, juga terlibat daripada pelakon Nizam Mok Ram, Joey Daud, Yeop Hitlet, Rashid Othman, Anis Nisham, TJ Isa, Wong Wei Tian, Azman Mantra, Dollah Cantik, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi

Watak Lakonan

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba
  • Aziz M Osman Pak Jabit
  • Mat London sebagai Pak Krim
  • Dewa Sapri Cik Purnama
  • Ahmad Yassin sebagai Yassin
  • Rasydan Zakaria sebagai Adan
  • Nizam Mok Ram sebagai MA Mok
  • Joey Daud sebagai Daud M
  • Yeop Hitlet sebagai Manap Sengau
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar
  • Anis Nisham sebagai Yati
  • Wong Wei Tian sebagai Teck Zee
  • TJ Isa sebagai Khuda
  • Azman Mantra sebagai Cik Gerhana
  • Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek
  • Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong

Sinopsis Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mengisahkan tentang seorang nelayan bernama Cik Gerhana, yang juga merupakan adik kepada Cik Purnama yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang ditemuinya dalam satu upacara perayaan di Kampong Pisang.

Pada masa yang sama, misteri masih berlegar di sekitar Kampong Pisang mengenai kemunculan Hantu Kum Kum yang menyasarkan bayi yang baru lahir. Ianya turut berlaku pada Gerhana sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung.

kampong pisang berbuah dua kali

Keadaan menjadi lebih rumit apabila roh bekas penghibur Mak Yong bernama Cik Mek meninggal dunia muda dan berusaha untuk membalas dendam kematiannya di Kampong Pisang.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas sesama sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang akan ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, di Astro First bermula 3 Mac 2022.

Anda boleh langgan filem ini di saluran 480 atau boleh juga strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15.00, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here