Tahniah diucapkan kepada pasangan Khareez & Nadeera telah dinobatkan sebagai juara Lagu Cinta Kita 2 daripada senarai 4 finalis yang lain.
Program Lagu Cinta Kita musim ke-2 telah berlangsung selama 8 minggu yang disiarkan setiap Ahad di TV3. Lagu Cinta Kita 2 menampilkan pasangan duet lelaki dan perempuan bagi membuat persembahan setiap hari bagi menambat hati juri yang memberi markah 70% daripada mereka dan lagi 30% daripada undian penonton di laman web xxtra.
Ajai, Mas Idaya dan Hail Husaini dipertanggungjawabkan untuk menjadi juri tetap bagi setiap episod. Manakala Azwan Ali 2020 dan Elly Mazlein pula ditugaskan untuk menjadi pengacara bagi mengemudi program ini selama 8 minggu.
Senarai Penuh Pemenang Lagu Cinta Kita 2
Pasangan yang telah melayakkan diri ke pusingan akhir ialah Khareez dan Nadeera; Syafiq dan Serra; Kael dan Evie; Iss dan Mya serta Adly dan Darling. Para peserta ditugaskan untuk membawa 2 buah lagu dalam 2 pusingan.
Juara bakal menerima ganjaran wang tunai RM50,000, manakala tempat kedua meraih RM30,000, diikuti tangga ketiga dengan RM20,000. Keempat dan kelima masing-masing mendapat habuan RM15,000 dan RM10,000.
Juara
Khareez & Nadeera
Naib Juara
Syafiq dan Serra
Tempat Ke-3
Iss dan Mya
Tempat Ke-4
Kael dan Evie
Tempat Ke-5
Adly dan Darling

