- advertisement -

Saksikan tayangan semula telefilem Usung Putih bagi mengisi slot Panggung 1 di TV1 RTM pada petang 30 Januari 2021. Tayangan awal cerita ini dikeluarkan pada tahun 2017 yang lalu.

Kini ia kembali bagi tonton orang ramai terutamanya peminat cerita melayu tempatan. Selain itu, telefilem ini menampilkan pelakon hebat yang berdiri diatas bakatnya sendiri, Syafie Naswip yang telah dicungkil bakatnya oleh pengarah tersohor negara, Allahyarham Yasmin Ahmad suatu ketika dahulu.

Produksi Dan Pelakon

Telefilem Usung Putih diarahkan oleh Albakri Harith yang diterbitkan oleh Shahruddin Hj. Thamby bersama Ardwerk Production Sdn. Bhd. Siti Jasmina Ibrahim bertanggungjawab menghasilkan skrip dan disunting oleh Nani Johari.

Antara barisan pelakon yang terlibat sialah Shafie Naswip, Qistina Shafiah Hazali, Kamisah Hj. Manaf, Ramasundram Azah Suaymi, Zul Handy Black, Roslan Madun, Eliza Mustafa dan ramai lagi.

- advertisement -
usung putih

Sinopsis Telefilem Usung Putih

Kisah ini bermula setelah ibunya meninggal dunia dan Ayie (Shafie Naswip) mengambil tanggungjawab menjaga adiknya Aina (Qistina). Mereka tinggal di rumah peninggalan ibunya dan Ayie bekerja sebagai tukang sapu untuk menyara mereka berdua. Aina ialah seorang budak yang pandai dan juga rajin membantu menambah pendapatan abangnya dengan menjual nasi lemak.

Mereka berjiran dengan Abang Zul dan Kak Azza yang juga banyak membantu mereka berdua. Mereka sebenarnya masih mempunyai ayah tetapi telah lama menghilang.

usung putih

Pada suatu hari Aina telah dilanggar lari oleh sebuah kereta dan dia mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak itu emosi Aina menjadi tidak stabil dan dia bertukar dari seorang yang periang kepada pendiam. Ayie membawa Aina ke tempat kerjanya setiap hari dengan memasukkan Aina ke dalam usung putih dan menariknya. Aina tidak mahu mengikut Ayie lagi setelah mereka berdua hampir dilanggar semasa pulang dari kerja.

Selepas itu Ayie terpaksa meninggalkan Aina sendirian di rumah. Balik dari kerja Ayie mendapati Aina hilang dan kesan rumah dipecah masuk. Ayie membuat laporan polis dan berusaha mencari Aina. Dia terus berdoa semoga Aina dipertemukan dan dinasihatkan supaya pasrah atas apa yang berlaku. Semasa keluar dari masjid Aina menyapa Ayie dan rupanya Aina telah dibawa oleh ayah mereka sendiri.

Sebenarnya Ayie dan Aina telah lama dicari oleh ayah mereka dan Suhaila atau Su adalah emak tiri mereka yang telah melanggar Aina yang juga mencari mangsa langgarnya. Namun masihkan ada ruang di hati kedua beradik ini untuk menerima kehadiran ayah dan sekaligus memaafkan kesalahan dilakukan ibu tiri mereka yang menyebabkan Aina lumpuh? Saksikan kesudahan telemovie ini.

usung putih

BACA : Saksikan Telefilem Khilaf Terakhir Di TV1

Waktu Tayangan

Untuk tahun 2021 ini, anda boleh saksikan semula telefilem Usung Putih ini di TV1 RTM pada 30 Januari, hari Sabtu jam 3.05 petang. Jika terlepas, anda boleh tonton semula di portal RTM KLIK di myklik.rtm.gov.my atau klik sahaja pautan dibawah

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here