- advertisement -

Malam minggu anda akan disajikan dengan telefilem Gulai Kawah Empulur Pisang yang akan bersiaran pada Ahad di Awesome TV.

Sepertinya telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Amir Raja Lawak, Fadhilah Mansor dan Hafreez Adam yang akan berdialog dalam dielek Kelantan yang pasti mencuit hati anda.

Produksi

Telefilem Gulai Kawah Empulur Pisang merupakan hasil sentuhan daripada pengarah Haris Kadir dan terbitan produksi Kirawang Sdn. Bhd. Manakala skrip ditulis oleh Shasha.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Fadhilah Mansor (Mak Wan), Hafreez Adam (Syafiq), Amir Raja Lawak (Sudin), Ayie Hushairi (Jani), Nad Zainal dan ramai lagi.

- advertisement -

Sinopsis Telefilem Gulai Kawah Empulur Pisang

Telemovie Gulai Kawah Empulur Pisang mengisahkan tentang seorang wanita bergelar emak iaitu Mak Wan yang dilakonkan oleh Fadhilah Mansor yang dilanda perasaan dilema gara-gara anak- anaknya tidak mahu meneruskan legasi perniagaan gulai kawahnya.

Mak Wan mempunyai tiga orang anak yang sentiasa sibuk dengan hidup masing-masing. Munculnya seorang remaja iaitu Syafiq lakonan Hafreez Adam yang menunjukkan minat terhadap perniagaan Mak Wan sehingga mencetuskan perasaan cemburu pada beberapa pihak termasuk anak-anak Mak Wan serta angkat Mak Wan yang juga merupakan pekerja dikedainya iaitu Sudin (Amir Raja Lawak) dan Jani (Ayie Hushairi) . Pelbagai cara yang telah dibuat untuk mengusir Syafiq daripada menjadi orang kepercayaan Mak Wan.

Kepulangan anak sulung Mak Wan membuat hati Mak Wan sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama anaknya tetapi sebenarnya kepulangan anaknya itu mempunyai muslihat iaitu untuk menjual resepi turun menurun arwah ayah mereka.

Waktu Tayangan

Telefilem Gulai Kawah Empulur Pisang akan disiarkan pada hari Ahad (7 Februari 2021), jam 9.30 malm hingga 11.30 malam di Awesome TV, saluran Astro 123 dan MyTV 112. Siaran ulangan boleh ditonton di laman sesawan www.awesometv.my

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here