- advertisement -

Sebuah filem drama Indonesia Syurga Yang Tak Dirindukan 3 akan kembali menemui penonton selepas kejayaan bagi musim sebelumnya iaitu Syurga Yang Tak Dirindukan 1 dan 2. Untuk tahun 2021, ianya kembali di platform penstriman.

Akan tetapi kali ini sedikit berbeza apabila pelakon watak Meirose yang dibawa oleh Reline Shah sebelum ini diganti dengan Marsha Timothy. Mungkin akan ada yang kecewa selepas lihat tanpa kehadiran pelakon tersebut.

BACA : Saksikan filem Ada Hantu bermula 13 Ogos ini di Disney+ Hotstar

Surga Yang Tak Dirindukan merupakan filem adaptasi yang diambil daripada novel dengan tajuk yang sama karya Asma Nadia.

- advertisement -

Tayangan : Disney+ Hotstar Malaysia
Pengarah : Pritagita Arianegara
Penulis Skrip : Mahran Haydar
Produksi : MD Pictures & Manoj Punjabi Production
Pelakon : Fedi Nuril, Marsha Timothy, Reza Rahadian, Zara Leola, Ali Fikry, Lydia Kandou, Kemal Palevi, Tanta Ginting, Oline Mendeng, Zsazsa Utari dan ramai lagi

  • Fedi Nuril sebagai Prasetya
  • Marsha Timothy sebagai Meirose
  • Reza Rahadian Ray
  • Zara Leola sebagai Nadia
  • Ali Fikry sebagai Akbar
  • Lydia Kandou sebagai Nungky
  • Kemal Palevi sebagai Amran
  • Tanta Ginting sebagai Hartono
  • Oline Mendeng sebagai Dara
  • Zsazsa Utari sebagai Yemima
Syurga Yang Tak Dirindukan 3

OST Filem

Lagu : Selamanya
Artis : Bunga Citra Lestari
Lirik : Melly Goeslaw & Manoj Punjabi
Komposer : Melly Goeslaw & Manoj Punjabi

Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 3

Beberapa tahun selepas perkahwinan Meirose (Marsha Timothy) dan Pras (Fedi Nuril), Meirose terus berjuang untuk mencipta syurga di dalam rumah tangga yang beliau bina bersama Pras.

Demi dua anaknya, Akbar dan Nadia, Meirose juga berusaha menjadi ibu yang memberikan kebahagiaan kepada keluarganya.

Namun, ujian itu datang lagi setelah munculnya Ray (Reza Rahadian), lelaki yang telah menghamili dan meninggalkannya sebelum ini.

Filem Syurga Yang Tak Dirindukan 3 2021

Meirose berhadapan dengan pilihan yang sukar ketika Ray berusaha kembali ke dalam hidupnya.

Sebagai seorang ayah, Ray cuba berada dekat dengan anaknya. Meirose tentu tidak mahu menjauhkan Akbar dari ayah kandungnya sendiri.

Sebaliknya, kehadiran Ray membuat Pras tidak selesa. Selepas kedatangan Ray, Pras dan Meirose sering bertengkar. Malah Pras tergamak membiarkan isterinya sendiri selama berhari-hari.

Adakah Meirose dapat mengatasi rintangan dan mencipta syurga rumah tangganya bersama Pras?

Syurga Yang Tak Dirindukan 3

Tayangan

Jadi untuk penonton Malaysia, anda boleh tonton Syurga Yang Tak Dirindukan 3 bermula 27 Ogos 2021 menerusi platform Disney+ Hotstar. Jadi anda perlu langgan terlebih dahulu dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here