- advertisement -

Sebuah lagi cerita yang mengisi slot Astro First iaitu filem Petaka yang mula ditayangkan bermula 4 Februari 2021. Tak dapat tonton filem di pawagam, kini Astro bawa filem ke panggung rumah anda.

Filem Petaka sebuah filem kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan yang dilakonkan oleh Azman Ahmad, PU Azman, Nabila Huda, Wan Maimunah, Jaja Iliyes dan ramai lagi.

BACA : Kini Filem Kerana Korona Ditayangkan Di Astro First

Produksi

Filem ini diarahkan oleh Azhari Zain dengan karya asal daripada Azman Ahmad. Petaka diterbitkan oleh Arie Zaharie, Azlan Zaharie dan Azman Ahmad bersama-sama Arie Zahari Production Sdn. Bhd. Ianya juga ditulis oleh Azhari Zain

- advertisement -

Pelakon

Antara pelakon yang terlibat di dalam filem Petaka ini ialah Azman Ahmad (Sham), Nabila Huda (Syikin), PU Azman (Haziq), Jaja Iliyes, Wan Maimunah, Zali Shuhaili, Coki dan ramai lagi

filem petaka

Sinopsis Filem Petaka

Telefilem Petaka mengisahkan kemiskinan hidup keluarga Sham selepas kematian ayahnya. Ibunya menderita sakit kaki, manakala adiknya, Syikin tidak mampu ke sekolah kerana kekangan kewangan. Sham bekerja keras melakukan kerja-kerja kampung bukan sahaja untuk menyara keluarganya malah demi memenuhi hasrat hati bagi menebus balik rumah pusaka yang sebelum ini terpaksa dijual kerana kemiskinan.

Kedaifan keluarganya berubah secara drastik apabila Sham menerima tawaran bekerja sebagai pemandu lori barang di kedai perabot Haziq. Tugasnya hanya mengambil dan menghantar barangan perabot dari sempadan Thailand ke kedai Haziq di Alor Setar. Haziq bekerja di bawah Datuk Jamil. Upah yang diterimanya cukup lumayan buat seorang pemandu lori. Walaupun terdetik di hatinya tentang upah itu, namun Shah teruskan juga pekerjaan tersebut selepas percaya kepada Haziq. Sehinggalah Sham dapat menebus semula rumah pusaka arwah Ayahnya.

petaka

Pekerja Haziq, Ima menasihati Sham supaya berhenti daripada pekerjaan itu tanpa mengesyaki apa-apa. Bagaimanapun upah yang diterimanya semakin banyak dan membuatkan Sham mula tertanya-tanya. Pesan Haziq supaya dia tidak banyak bertanya dan tengok barang yang dibawanya itu tidak diendahkan. Sham terkejut kerana baru sedar selama ini dia menjadi tukang hantar barang terlarang. Sham tidak tahu yang dia adalah keldai dadah kepada Datuk Jamil.

Petaka hidup Sham semakin hebat apabila dia gagal menghantar barang Datuk Jamil serta menghilangkannya. Bukan sahaja Sham, konco-konco Datuk Jamil yang diketuai oleh Zamri turut membelasah ibu Sham dan Syikin. Ibu mereka mati dibunuh. Zamri semakin liar apabila meletupkan Sham di dalam sebuah kereta. Apakah nasib Sham dan Syikin? Semuanya dalam Petaka, sebuah kisah kekeluargaan, kemasyarakatan, kedaifan dan kenaifan.

Waktu Tayangan

Filem Petaka ditayangkan di Astro First bermula 4 Februari 2021. Anda boleh langgan dengan harga RM15 untuk 2 hari. Anda juga boleh tonton melalui On Demand atau aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here