- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem Mulut Masin terus dari kaca televisyen Astro First anda. Anda boleh menonton terus dari rumah dan tak perlu keluar ke panggung wayang.

Filem Mulut Masin ini merupakan karya pertama Astro Shaw iaitu arahan Razaisyam Rashid untuk tontonan di rumah melalui Astro First. Pastinya mereka telah memberikan sehabis baik bagi menerbitkan filem ini khusus kepada semua pengguna Astro.

BACA : Saksikan Telefilem Cerai Pada Sabtu, 7 November 2020 Di Astro Citra

Dikala tiada filem di panggung wayang, Astro terus menyediakan kandungan terbaik untuk orang ramai yang dahagakan filem-filem seperti ini. Tambahan pula sekarang musim pandemik COVID-19 dan tidak digalakkan untuk keluar rumah. Jadi filem ini pula boleh tonton terus di rumah melalui Astro First. Tak perlu keluar rumah pun nak tengok filem.

- advertisement -

Tambahan pula, filrm Mulut Masin ini bergenre Komedi Seram, pastinya banyak adegan yang melucukan ditampilkan bersama-sama elemen seram di dalamnya.

Tayangan : Astro First (CH480)
Genre : Komedi seram
Pengarah : Razaisyam Rashid
Pelakon : Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan dan ramai lagi

Info Dan Sinopsis Filem Mulut Masin Di Astro First

“sepupu sedarah sehidup semata”

Sinopsis Filem Mulut Masin

Mungkin anda pernah dengan orang tua-tua selalu nasihat supaya jaga mulut daripada mengatakan perkara-perkara yang tidak baik. Jika mulut masin, takut kejadian tersebut menjadi kenyataan kelak. Inilah yang akan ditonjolkan di dalam filem ini melalui kehidupan masyarakat kini.

Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat neneknya.

Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tayangan

Jadi jangan lupa nanti saksikan filem Mulut Masin bermula 19 November menerusi Astro First (saluran 480). Selain itu, untuk lebih fleksibal, anda juga boleh strim di Astro GO atau Astro On Demand.

Info Dan Sinopsis Filem Mulut Masin Di Astro First
- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here