Korang ada Astro? Tapi hari-hari berebut dengan abang sebab nak tengok cerita Korea? Korang sebenarnya boleh guna Astro GO untuk tengok cerita lain dalam masa yang sama melalui.
Astro Go disediakan khas hanya untuk pelanggan Astro sahaja. Ini bermakna, anda ada smartcard number, baru boleh on Astro GO. Maksud lain, Astro GO ini adalah platform internet untuk anda tonton kandungan Astro selain di TV.
Apa yang anda langgan di Astro, semua ada di Astro GO juga. Sama sahaja. Anda boleh tonton rancangan yang lain dalam waktu yang sama sama seperti anda pasang Astro di TV. Lebih best lagi, boleh juga tonton pelbaga rancangan lain melalui Astro On Demand.
Abang anda tonton sukan di TV, tapi anda boleh tonton Korea di telefon bimbit dan ibu anda boleh tonton rancangan masak-masak di komputer. Kesemuanya dalam masa yang sama. Tak perlu banyak-banyak dekoder pun.
Astro Go hanya diberikan kepada pelanggan Astro dan ianya percuma. Anda boleh pasang serentak dalam masa yang sama untuk 4 peranti sahaja. Pastikan ada sambungan internet and you got to go.
BACA : Senarai Nombor Channel Baru Astro Untuk Tahun 2020
Jadi kepada yang belum lagi daftar Astro Go, anda boleh ikuti tutorial dibawah cara daftar Astro Go terbaru bagi tahun 2020/2021 ni.
Cara Daftar Astro Go Untuk Tahun 2020
Untuk tahun 2020 ni, antaramuka Astro Go ni dah lain sikit, jadi anda ikut sahaja langkah mudah dibawah ini.
Anda boleh daftar akaun Astro Go dengan 2 cara iaitu melalui laman web astrogo.astro.com.my dan juga melalui aplikasi Astro Go di Android dan iOS. Caranya adalah sama sahaja. Cara dibawah adalah menggunakan laman web Astro GO.
Pergi ke laman web Astro Go dan klik pada bahagian “Create Now!”
Untuk permulaan, anda perlu daftar Astro ID sama ada menggunakan emel atau nombor telefon beserta password. Jangan lupa masukkan nama anda juga. Jika sudah selesai, tekan “Create Astro ID”
Anda akan diberi verfication code untuk verify akaun Astro ID anda tersebut. Ianya akan dihantar kepada emel yang telah didaftar. Klik sahaja pada link yang diberi. Settle!
Kemudian barulah daftar Akaun Astro. Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan pemilik Astro dan juga nombor akaun Astro atau nombor smartcard Astro
Ini contoh dimana anda boleh dapatkan nombor akaun Astro


Jika sudah siap makan selesai la kesemuanya! Dah boleh guna Astro Go! Anda perlu Log In menggunakan emel atau nombor telefon beserta password yang telah didaftarkan sebelum ini sahaja.
Kandungan Astro Go
Terdapat banyak kelebihan yang diberi Astro melalui Astro GO ni. Anda boleh tonton semua siaran mengikut langganan anda sama seperti di TV.
Anda boleh juga boleh tonton semula rancangan yang anda terlepas selepas ditayang di TV pada bila-bila masa sahaja. Nak record, nak play, rewind, pause dan sebagainya. Semua boleh melalui On Demand
Dalamnya terdapat banyak ciri-ciri yang diasingkan mengikut kategori. Ada Movies, Kids, Sports dan sebagainya. Jika anda rakam kandungan seperti acara langsung, anda boleh lihat semula di My Library
Mudah kan…