Tahniah kepada peserta Idris Brown yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara All Together Now Malaysia untuk musim pertama untuk tahun 2021 sekali gus menjadi juara sulung bagi program terbaru Astro ini.
Dengan gelaran tersebut, beliau telah membawa sebuah trofi dan memenangi hadiah utama berupa wang ringgit sebanyak RM50,000 daripada Astro.
Idris Brown merupakan antara 200 lebih peserta yang hadir dalam rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) dan juga berjaya ke pusingan akhir apabila memperoleh markah penuh, 100 markah daripada juri.
Kejayaan itu tidak terhenti disitu sahaja apabila beliau sekali lagi berjaya menambat hati 50 juri apabila peroleh 100 markah di pusingan akhir sekali gus melayakkan beliau bertanding di pusingan Sing-Off bersama 2 peserta lain iaitu Dem Lepak Boyz dan Pancit Sitaya.
Dengan berbekalkan suara yang unik berbanding peserta-peserta lain, sekali lagi Idris Brown perform dihadapan juri dan kali ini juga beliau peroleh markah penuh, 100 markah sekali gus diangkat sebagai juara All Together Now Malaysia untuk musim pertama.
Program All Together Now Malaysia merupakan sebuah pertandingan nyanyian dimana para peserta akan diadili oleh 50 juri dan setiap juri mewakili 2 markah. 2 peserta yang peroleh markah tertinggi setiap minggu akan berjaya ke pusingan akhir.
Program ini telah berlangsung selama 10 minggu dimana Sherry Alhadad bertindak sebagai hos utama dan Dato’ AC Mizal sebagai kapter juri. Antara juri lain yang terlibat adalah Zizan Razak, Erra Fazira, Siti Nordiana, Syamel, Ainaa Abdul, Bob, Dafi dan ramai lagi.


All Together Now Malaysia telah disiarkan setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksible.
gambar : instagram astrogempak