Selepas 10 minggu berentap di pentas yang sama, akhirnya Muzikal Lawak Superstar 2 sudah sampai ke minggu akhir apabila HEART telah dinobatkan sebagai juara baru, juara MLS2 untuk tahun 2021.
Program terbitan Astro ini telah menampilkan 14 peserta yang bertanding dengan disertai oleh 3 ahli kumpulan dimana 2 daripadanya adalah pelawak manakala seorang mesti diwakili oleh selebriti sama ada pelakon, penyanyi dan sebagainya.
Untuk minggu akhir MLS2, 4 peserta telah berentap dengan baik iaitu JINGGO, VIRAL, UNI dan HEART. Setiap peserta pula diberi 2 tugasan iaitu persembahan pertama dengan tema negara-negara Asia dan persembahan kedua adalah tema bebas.

Untuk musim kedua ini, 3 juri (Dato Awie, Fazura dan Zul Ariffin) akan mengadili setiap peserta yang juga mewakili 50 peratus daripada markah keseluruhan. Manakala 50 peratus lagi datang daripada undian penonton.
BACA : Saksikan Muzikal Lawak Superstar 2 Setiap Jumaat Di Astro Warna
Walaupun Muzikal Lawak Superstar 2 kali ini berlangsung tanpa kehadiran penonton bagi mengikuti arahan SOP, tetapi 2 pengacara hebat, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) berjaya menaikkan dan menyerikan lagi program ini setiap minggu.
Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar 2
Juara bagi Muzikal Lawak Superstar 2 membawa pulang wang tunai RM150,000 beserta trofi diikuti RM75,000 untuk Naib Juara dan RM50,000 untuk tempat ke-3 juga bersama trofi masing-masing. Manakala tempat ke-3 membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.

Juara
HEART
Naib Juara
UNI
Tempat Ke-3
VIRAL
Tempat Ke-4
JINGGO
Tahniah untuk semua peserta…