- advertisement -

Siri kesembilan Fast & Furious berjudul F9: The Fast Saga akan menemui penonton di platform penstriman HBO Go pula iaitu pada 18 Mac 2022 yang mana sebelum ini telah pun menemui penonton di pawagam.

BACA : Filem Fast And Furious Akan Tamat Pada Filem Ke-11

Filem aksi kereta tersebut masih mengekalkan watak utamaDom Torettor lakonan daripada Vin Diesel. Selain itu juga terdapat pelakon seperti Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Nathalie Emmanuel dan seteru utama kali ini Kurt Russell dan John Cena.

the fast saga

Sinopsis Filem F9: The Fast Saga

F9: The Fast Saga menyambung kisah Dom Toretto (Vin Diesel). Dia menjalani kehidupan yang baik bersama Letty (Michelle Rodriguez) bersama anaknya, Brian. Namun begitu, kehidupan gembiranya tadi hanya sementara apabila rakannya lamanya kembali iaitu Roman (Tyrese Gibson), Ramsey (Nathalie Emmanuel) dan Tej (Chris “Ludacris” Bridges).

- advertisement -

Mereka memberitahu dimana pesawat Mr. Nobody (Kurt Russell) telah di ‘hijacked’ lalu diculik bersama peranti yang boleh membahayakan dunia diberi nama Project Aries. Kerajaan juga meminta bantuan Dom dan rakan-rakannya untuk menjalankan misi menyelamat pesawat tersebut yang jatuh di hutan negara Montequinto, Amerika Tengah.

Dom mulanya menolak permintaan tersebut, ini kerana dia merasakan ingin bersara dari menjalankan misi-misi sedemikian. Namun, Letty membuat keputusan yang berbeza yang mana akan melakukan misi tersebut lalu meninggalkan Dom bersama anaknya, Brian.

the fast saga

Tetapi keputusan Dom berubah disaat-saat akhir apabila melihat seorang lelaki yang memakai rantai salib seperti yang dimiliki olehnya dalam video penculikan Mr. Nobody tersebut. Lalu Dom teringatkan tentan adiknya, Jakob Toretto (John Cena) yang telah lama ditinggalkan oleh keluarga. Disebabkan itu, Dom tidak boleh berdiam diri dan sertai misi tersebut bagi menghentikan kelakuan adiknya tersebut.

Kemunculan watak Han (Sung Kang) yang mana sebelum ini dipercayai telah mati dalam kemalangan di Jepun yang turut mengejutkan Dom dan kumpulannya yang sedan terdesak. Kembalinya Han dalam pasukan tersebut memberitahu dimana misi kali ini lebih berbahaya jika dibandingkan dengan misi-misi sebelumnya.

HBO Go

Anda boleh tonton F9: The Fast Saga secara striming menerusi HBO Go di www.hbogoasia.my atau menerusi aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store dengan langganan RM34.90 sebulan atau RM69.90 untuk tempoh 3 bulan.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here