- advertisement -

Nampaknya drama siri paling lama sebelum ini pernah dimainkan, Gerak Khas kini kembali dengan Gerak Khas Undercover yang bakal menemui penonton bermula 1 Oktober 2021 di TV3 dan platform penstriman iQIYI Malaysia.

Drama sini ini sebenarnya telah tamat pada siri Gerak Khas The Finale sebelum ini dan untuk Undercover ini ianya merupakan spin-off daripada cerita asal. Ini bermakna, segala watak dan jalan penceritaan tiada kena mengena dengan siri drama Gerak Khas sebelum-sebelumnya.

- advertisement -

Tambahan lagi, kali ini mereka kembali dengan barisan pelakon yang lebih hebat. Ada Erra Fazira, Dato’ AC Mizal, Dato’ Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Dato’ Rosyam Nor dan ramai lagi.

gerak khas undercover

Episod : 30
Tayangan : TV3 & iQIYI Malaysia
Pengarah : Syafiq Yusof, C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin & M.S Hakim
Idea Asal : Syafiq Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Produksi : SKOP Production
Pelakon : Aaron Aziz, Erra Fazira, Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal, Rosyam Nor, Khalida Balqis, Kenji Sawahi dan ramai lagi

  • Erra Fazira sebagai DSP Jeslina
  • Salina Saibi ASP Salina
  • Raja Afiq sebagai Malik
  • Aaron Aziz sebagai ASP Zaki
  • Rosyam Nor sebagai Tony Bono
  • Elizabeth Tan sebagai Inspektor Elly
  • Ruzana Ibrahim sebagai Inspektor Rita
  • Khalida Balqis sebagai Alia
gerak khas undercover

Sinopsis Drama Gerak Khas Undercover

Gerak Khas Undercover memaparkan beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Ketua gengster, Tony Bono (Dato’ Rosyam Nor) yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.  

gerak khas undercover

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?

gerak khas undercover

Waktu Bersiaran

Jadi jangan terlepas untuk saksikan drama Gerak Khas Undercover yang disiarkan setiap hari Jumaat jam 10.30 malam bermula 1 Oktober ini di TV3. Selain itu, boleh tonton secara percuma di platform online iQIYI Malaysia sejurus selepas habis tayangan di tv

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here