- advertisement -

Rata-rata penonton terkejut apabila dapat tahu Gerak Khas The Finale akan ditayangkan di TV3 dan bukannya terus ditayangkan di RTM iaitu di TV2 seperti sebelum-sebelum ini.

Rasanya siapa je tak pernah dengar nama drama siri popular Gerak Khas ini. Ianya merupakan drama televisyen bertemakan polis terbitan Skop Production. Selain daripada drama siri, ianya juga pernah difilemkan iaitu sekitar tahun 2001, 2002 dan 2005.

BACA : Undian Kini Dibuka Bagi Anugerah Melodi Drama Sangat 2020 Sehingga 30 November 2020

Jika dapat dilihat di setiap episod Gerak Khas, ianya menceritakan pelbagai kisah jenayah seperti kes pencurian, penyuludupan, pembunuhan, rompakan dadah dan banyak lagi. Dengan kecekapan PDRM, kes dapat diselesaikan dengan jayanya. Sedikit sebanyak menggambarkan kecekepan pihak polis dalam menangani kes jenayah walaupun di dalam drama siri.

- advertisement -
Selepas Lebih 21 Tahun Di RTM, Gerak Khas The Finale Akan Ditayangkan Di TV3

Sejak bersiaran pada tahun 1999, terdapat banyak bintang yang pernah menyertai sebagai pelakon utama di dalam drama siri ini antaranya AC Mizal, Abby Abadi dan A. Galak yang terawal, Datuk Yusof Haslam sendiri, Deen Maidin, Erra Fazira, Norman Hakim yang terbaru dan ramai lagi.

Disebabkan lamanya drama siri ini disiarkan, Gerak Khas pernah diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Drama Siri Yang Paling Laman Bersiaran iaitu pada tahun 2009” sebelum ini.

Gerak Khas The Finale 2020 Yang Terakhir

Selepas 21 bersiaran di RTM TV2, drama siri ini sudah sampai ke penghujung dengan musim terakhir “Gerak Khas The Final”. Tetapi kali ini sedikit berbeza apabila ianya tidak ditayangkan di RTM tetapi akan disiarkan di TV3 bermula pada 4 Disember 2020, setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam.

Selepas Lebih 21 Tahun Di RTM, Gerak Khas The Finale Akan Ditayangkan Di TV3

Walaupun ramai terkejut dengan penukaran saluran tayangan, tetapi penonton sepertinya ternanti-nanti Gerak Khas The Final ini. Adakah kemungkinan kembalinya pelakon-pelakon seperti Sarjan Misai, Inspekto Haliza dan Inspektor Mazlan lepas ni?

Kita kena saksikanlah musim terakhir ni nanti.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here