- advertisement -

Astro bawakan sebuah filem thriller bertajuk The Disappearance Of Irdinia Adhwa yang akan ditayangkan di Pawagam Rumah Anda, Astro First pada 24 Februari 2022.

Filem arahan anak jatih Sabah, Kyle A Halim ini diinspirasikan daripada filem antarabangsa iaitu Friday The 13th dan Tomb Raider. Pastinya akan memberi kelainan kepada penonton terutamanya bagi peminat filem thriller tempatan.

Tayangan : Astro First 480
Pengarah : Kyle A. Halim
Penerbit : Kyle A. Halim
Produksi : Kotak Studios Sdn. Bhd.

The Disappearance Of Irdina Adhwa

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Alicia Amin, Syazuwan Hassan, Josiah Hogan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Alicia Amin sebagai Sofia Arianna
  • Syazuwan Hassan sebagai Daniel Farhan
  • Josiah Hogan sebagai Izdan Adhwa
  • Bulan Terry sebagai Amanda
  • Melanie Tan sebagai Natasya
  • Abbas Mahmoud sebagai Adam Zikri

Sinopsis Filem The Disappearance Of Irdina Adhwa 

Filem The Disappearance Of Irdina Adhwa mengisahkan watak Sofia yang menyertai tujuh rakan kolej bercuti dan berkelah sebaik majlis graduasi mereka selesai.

Namun, berlaku kejadian tidak diingini dan diselubungi misteri apabila salah seorang rakannya terbunuh ketika menginap di sebuah rumah peranginan pada malam pertama.

Bagaimanapun Sofia dan rakan-rakannya terperangkap dalam rumah peranginan berkenaan dan tidak boleh keluar untuk menyelamatkan diri.

The Disappearance Of Irdina Adhwa

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda di Astro First pada 24 Februari 2022 dan tayangan secara On Demand.

Anda boleh langgan dengan harga RM15.00 untuk tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang menerusi saluran 480 atau di Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here