Hujung minggu anda kini tidak lagi membosankan apabila Awesome TV akan menyiarkan 3 filem terbaik di kaca televisyen iaitu Bajrangin Bhaijaan, The Bourne Identity dan XX Ray II pada hujung minggu ini. Jadi jangan lupa untuk saksikan kesemua filem-filem ini nanti.

BACA : Saksikan Drama Sis Stars Hotel (Awesome TV)

Bajrangi Bhaijaan

awesome tv bajrangi bhaijaan

Filem Bajrangi Bhaijaan sebelum ini pernah menjadi antara filem terbaik hasil lakonan Salman Khan, Harshaali Malhotra, Nawazuddin Siddiqui, Kareena Kapoor dan ramai lagi. Filem arahan Kabin Khan ini menceritakan tentang perjalanan Pawan (lakonan Salman Khan) iaitu seorang penganut dewa Hindu Hanuman, untuk menyelamatkan dan membawa seorang gadis Muslim berusia enam tahun yang bisu pulang ke kampung halamannya di Pakistan setelah terpisah di India dari ibu bapanya.

Filem ini akan ditayangkan melalui slot Hindi Special pada 2 April 2021, Jumaat, jam 9.30 malam di Awesome TV (MYTV 112 dan Astro CH123).

The Bourne Identity

awesome tv

Malam Sabtu anda pula akan disajikan dengan filem berjudul The Bourne Identity bagi slot Awesome Movies. Filem ini diarahkan oleh Doug Liman pada tahun 2021 serta dibintangi oleh Matt Damon, Franka Potente, Chris Cooper, Clive Owen, Julia Stiles dan ramai lagi.

The Bourne Identity menceritakan seorang lelaki yang mempunyai masalah hilang ingatan cuba menyelamatkan diri dari pembunuh dan berusaha mendapatkan kemabli ingatnnya. Saksikan pada 3 April 2021, hari Sabtu, jam 10 malam hingga 12 tengah malam di Awesome TV (MYTV 112 dan Astro CH123).

XX Ray II Di Awesome TV

Filem XX Ray II mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Amir (Aziz M. Osman) yang merupakan seorang astronomi muda. Dia telah terjebak dengan konflik antara saintis yang telah mencipta sebuah mesin pelupusan laser.

xx ray II awesome tv

Tina (Aleeza Kassim) meminta Amir untuk membantunya menghalang Johan (Bonnie Sta Maria) daripada menggunakan mesin tersebut. Amir dan Tina menyelinap masuk ke pusat sains untuk menghancurkan mesin tersebut namun dihalang oleh Johan dan Shima (Lydiawati).

Mesin yang beroperasi sendiri ini memancarkan pancaran laser kepada mereka dan membawa mereka memasuki era zaman Kesultanan Melaka. Mereka menyaksikan konflik antara Hang Tuah (Jalaluddin Hassan) dan Hang Jebat (Razman Mahat). Amir cuba mengubah sejarah dengan menghalang Hang Tuah dari membunuh Hang Jebat.

Selain sebagai pelakon, Aziz M. Osman juga bertindak sebagai pengarah untuk filem ini yang akan ditayangkan melalui slot Ohsem Tele iaitu pada 4 April 2021, hari Ahad jam 9.30 malam di Awesome TV.

Jangan lupa untuk lawati media sosial Awesome TV atau website di www.awesometv.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here