- advertisement -

Duduk rumah pun boleh tonton filem dan kali ini Astro akan bawakan sebuah filem suspen thriller berjudul Tarantula X yang akan mula bersiaran pada 16 Disember 2021 menerusi saluran Astro First (pawagam rumah anda)

BACA : Filem Marabahaya Underground (Astro First)

Sebuah kisah yang sarat dengan plot dramatic, konflik, dendam dan persahabatan ini bakal menampilkan pelakon pelakon legenda Eman Manan bersama pelakon hebat lain seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramli, Namron dan ramai lagi.

Tarantula X mengenakan konsep yang diinspirasikan daripada telefilem Tarantula bahagian 1 dan Tarantula bahagian 2 yang pernah diterbitkan pada 20 tahun yang lalu.

- advertisement -

Judul : Tarantula X
Tayangan : Astro First
Pengarah : Radzi Rajudin
Idea Asal : Mohd Noor Kadir
Penulis Skrip : Mohd Noor Kadir
Produksi : Kuasatek Pictures

Tarantula X

Barisan Pelakon & Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, Eman Manan, Namron, Mona Allen, Marissa Yasmin, Rashid Salle, Jasper Supayah serta penampilan istimewa dariapda Datuk Yusof Haslam dan Adeline Tsen.

  • Adlin Aman Ramlie sebagai Anas
  • Vanida Imran sebagai Ayu
  • Eman Manan sebagai Asp. Anuar
  • Namron sebagai Adam
  • Marisa Yasmin sebagai Liza Rashid
  • Salleh sebagai Amir
  • Mona Allen sebagai Shima
  • Jasper Supayah sebagai Ain
  • Datuk Yusof Haslam sebagai Doktor Yusof Enstein

Sinopsis Filem Tarantula X

Filem Tarantula X mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu dan Liza.

Apabila Adam iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza pula iaitu Anas.

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang mendamaikan mereka tetapi ianya menemui jalan buntu.

Tarantula X

Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun begitu, Shima menolak malah menghina Amir.

Modus operandi Shima adalah mengambil ‘selfie’ bersama pasangannya di atas katil lalu gambar-gambar tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapatkan wang yang pastinya dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntu RM1 juta dan pastinya Anas akan marah. Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai oleh ASP Anuar bermula.

Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai dalam senarai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan tersebut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkarkan misteri pembunuhan sebenar Shima.

Dapatkah misteri ini dibongkar oleh pihak polis yang diketuai oleh ASP Anuar? Saksikan cerita penuh dalam filem Tarantula X.

Tarantula X

Waktu Tayangan

Filem Tarantula X akan menemui penonton bermula 16 Disember 2021 menerusi saluran Astro First 480. Anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here