Kita akan disajikan dengan sebuah filem aksi yang mengetengahkan seni persilatan dari pelbagai aspek budaya pengamal ilmu silat berjudul Syahadan yang akan keluar di pawagam seluruh Malaysia mulai 17 Februari 2022.
BACA : Saksikan Filem Gila Gusti Di Pawagam Bermula 17 Mac Ini
Filem ini juga merupakan filem sulung terbitan Trilion Marketing Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan kita pastinya dapat tonton sebuah seni persilatan yang sebenar dalam sebuah cerita.
Tayangan : Pawagam terpilih seluruh Malaysia
Pengarah : Datuk Dr. Fairus dan Halim Hassan
Penerbit : Trilion Marketing Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon & Watak
Filem Syahadan turut menampilkan pesilat negara yang juga Juara Dunia iaitu Al-Jufferi Jamari sebarai pelakon utama bersama pelakon veteren Anuar Rahman dan Bob Megat.
Selain itu, terdapat juga pelakon Datuk Wira Hj Megat, Fauzi Khalid, Mohd Taqiyuddun Hamid, Sazzlan Yuga, Mohd Syafiq Ibrahim, Nashrul Edzam Asri, Muhammad Shukrillah dan ramai lagi.
- Al-Jufferi Jamari sebagai Omar
- Anuar Rahman sebagai Pak Daud
- Bob Megat sebagai Bapa Omar
Sinopsis Filem Syahadan
Filem Syahadan mengisahkan tentang seorang anak muda, Omar yang hidup tanpa arah tujuan serta diserapi unsur hedonisme. Demi mendisiplinkan Omar, bapanya menghantar Omar ke sebuah kampung bagi memperbaiki akhlak dan menjadi insan berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan.
Pada awalnya, Omar seakan menentang sehinggalah pada suatu hari hatinya terbuka selepas melihat Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata dalam sekelip mata sahaja menggunakan ilmu persilatan.
Sepanjang sesi latihan persilatan bersama Pak Daud, Omar bukan sekadar berlatih gerak serta kekuatan, tetapi ia adalah cara hidup bagi membentuk akhlak terpuji.
Kisah silam yang disembunyikan ayah Omar, saat Omar kecil yang menjalani pembedahan menggunakan khidmat pemerdagangan organ antarabangsa di pasaran gelap mula menjemput penjenayah dalam hidupnya.


Waktu Tayangan
Jadi untuk peminat filem tempatan khususnya kepada pencinta seni warisan Melayu, jangan lupa untuk saksikan filem Syahadan bermula 17 Februari ini di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

