Jangan lupa saksikan filem Seratus yang akan menemui penonton serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Oktober 2022. Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang bagi menonton filem ini.
Filem yang diarahkan oleh Feroz Kader ini begitu unik apabila buat pertama kalinya menampilkan secara keseluruhan seramai 100 pelakon dengan nama-nama besar dan popular yang terlibat.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 6 Oktober 2022
Penulis Skrip : Enaz Mokhtar
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : FJ Pictures Sdn. Bhd. & Unomedia Sdn. Bhd.
Pelakon
Berikut merupakan antara senarai pelakon yang membintangi filem ini seperti Sharul Kamal, Sara Ali, Marisa Yasmin, Alif Satar, Azlee Khairi, Amar Bahrin, Amyra Rosli, Amyza Adnan, Ashraf Muslim, Azri Iskandar, Alvin Chong, Adam Lee, Along Cham, Acong Sweetchild, Adam Shah, Alicia Amin, Adeline Tsen, Atiq Azman, Aman Graseka dan Bront Palarae.
Selain itu, terdapat juga Beto Kusyairi, Badrul Muhayat, Bell Ngasri, Bella Dally, Chef Nik Michael, Chew Kin Wah, Dato’ Awie, Dato’ Nashrudin Elias, Dato’ Fizz Fairuz, Dato’ Haji Adi Putra, Daler Yusuf, Esma Daniel, Elizabeth Tan, Elvina Mohamad, Floor 88, Fara Fauzana, Fazlina Ahmad Daud, Fezrul Khan, Farez Ridzwan, Fahrin Ahmad, Isa Khan, Izzue Islam, Issey Fazlisham, Isyariana, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Joey Daud, Jaja Ilyie, Kuza dan Lydiawati
Antara nama lain yang terlibat seperti Lan Shiro, Mior Hashim Manap, Mustaqim Bahadon, Norman Hakim, Nora Danish, Nadiya Nisaa, Nafiz Muaz, Noorkhiriah, Nazrief Nazri, Niezam Zaidi, Puteri Rafasya, Rusdi Ramli, Ropie Cecupak, Risteena Munim, Reen Rahim, Roy Azman, Ruzana Ibrahim, Siti Saleha, Shukri Yahya, Syafie Naswip, Sean Lee, Syazwan Zulkifly, Syazuwan Hassan, Sweet Qismina, Santesh Tiz Zaqyah, Talha Harith, Ungku Ismail Azi, Wan Sharmila, Wan Raja, Yusuf Bahrin dan Ziana Zain.
Sinopsis Filem Seratus
Filem Seratus mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz, yang mahu menyelamatkan ibunya diculik. Satu-satunya ”klu” yang boleh membantu bagi menyelamatkan ibunya, ialah sekeping wang kertas RM100 yang ditinggalkan arwah bapanya.
Kepingan RM 100 itu, mengandungi petunjuk yang boleh membawanya, untuk mencari wang tebusan yang dituntut oleh penculik itu.





