- advertisement -

Sebuah filem thriller, Selamat Hari X Jadi akan menemui penonton bermula 25 Februari ini melalui panggung rumah anda di Astro First.

Sekali lagi Janna Nick akan berlakon bagi menjayakan watak Hani di dalam filem ini. Selain itu terdapat juga pelakon-pelakon lain seperti Nasz Sally, Zalif Sidek, Danial Zaini, Issey dan ramai lagi.

BACA :  Info Dan Sinopsis Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri (Astro First)

Tayangan : Astro First
Pengarah : Dato’ Profesor Dr. A. Razak Hj. Mohaideen
Penerbit : Tan Lee Kock dan Keoh Chee Ang
Skrip : Azlan Syah Rashid
Diterbitkan : Multimedia Film Production Sdn Bhd dan GSC
Pelakon : Janna Nick, Nasz Sally, Zalif Sidek, Danial Zaini, Issey dan ramai lagi

- advertisement -
selamat hari x jadi

Sinopsis Filem Selamat Hari X Jadi

Sekumpulan pelajar kolej yang diketuai oleh Hani (Janna Nick) dan rakan-rakannya Aiden, Parpu, Boboi dan Didi yang terkenal dengan perangai nakal mereka dengan menghasilkan rakaman video ‘prank’ rakan-rakan lain di kolej.

Segalanya berubah apabila Puteri yang menjadi mangsa ‘prank’ Hani dan rakan-rakan, hampir membunuh diri akibat berasa malu. Hani yang tiada langsung perasaan bersalah dan menganggap perbuatannya itu semata-mata ‘trending’, mula diganggu oleh pembunuh misteri selepas kejadian ‘prank’ Puteri.

Setelah beberapa insiden menakutkan berlaku di rumah Hani, akhirnya pembunuh misteri tersebut muncul dan berdepan dengan Hani dan rakan-rakan lain pada ketika Hani bakal menyambut harijadinya yang ke-25.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Selamat Hari Tak Jadi bermula 25 Februari 2021 yang akan disiarkan di Astro First. Dengan langganan RM15, anda boleh tonton selama 2 hari (48 jam). Anda boleh tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here