Astro First telah membawakan semua filem kisah percintaan, Sabda Kekasih: Manifestasi Cinta Agung bermula 24 Jun 2021 di pawagam rumah anda. Sebuah kisah antara romantik islamik yang menampilkan pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang memegang watak utama dalam filem ini.

BACA : Saksikan Filem Selamat Hari X Jadi (Astro First)

Judul : Sabda Kekasih, Manifestasi Cinta Agung
Tayangan : Astro First
Pengarah : Azhari Zain
Penulis Skrip : Abban Namus
Penerbit : Aeril Zafrel
Produksi : Respected Citizen Production

Sabda Kekasih

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam filem Sabda Kekasih ini ialah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Sharifah Husna, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan ramai lagi

  • Aeril Zafrel sebagai SABDA BUKHARY
  • Wawa Zainal sebagai KASIH MURNI
  • Sharifah Husna sebagai HAYLA SUFIAH
Sabda Kekasih

OST Filem

Judul : Sabda kekasih
Penyanyi : Daqmie feat. Alfa, Rumie Booty
Komposer : Daqmie, Alfa Booty
Lirik : Aeril Zafrel, Abban Namus

Sinopsis Filem Sabda Kekasih

Di hari pertunangan, Kasih Murni (Wawa Zainal) telah ditinggalkan oleh bakal suaminya, Sabda Bukhary (Aeril Zafrel).

Sabda merupakan seorang pemuzik jalanan yang berpura-pura cacat penglihatan. Namun selepas mengenali Alya Sufiah (Sharifah Husna), gadis yang baru pulang dari pengajian di Mesir, Sabda mula berubah menjadi lelaki yang lebih baik, dengan bimbingan daripada bapanya.

Di luar pengetahuan Sabda, Alya yang bakal dikahwininya itu rupanya adalah sepupu kepada Kasih!

  • Sabda Kekasih
  • Sabda Kekasih

Waktu Tayangan

Filem ini telah mula ditayangan di Astro First bermula 24 Jun 2021 yang lepas. Jadi jika berminat, anda boleh sewa filem Sabda Kekasih dengan harga RM15 untuk 2 hari (48 jam)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here