- advertisement -

Saksikan filem NFT pertama di Malaysia dan Asia Tenggara bertajuk Rompak yang akan menemui penonton pada 16 Jun 2022, hari Khamis di pawagam rumah anda Astro First 480 atau secara On Demand dan Astro Go.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 16 Jun 2022 (Khamis)
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Produksi : Intraday & 4ward Pictures.

Pelakon

Antara barisan bintang dan pelakon yang terlibat dalam filem ini seperti Zizan Razak, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, MK K-Clique, Azhar Sulaiman, Ezlynn, Niezam Zaidi, Chubb E, Siti Khadijah Halim dan dengan penampilan istimewa daripada Moshed Mohamad, Nur Amirah, Abu Garcia dan Tira.

Watak Lakonan

  • Zizan Razak sebagai Ashraf
  • Tony Eusoff sebagai Farouk
  • Daiyan Trisha sebagai Nadia
  • MK K-Clique sebagai Daniel
  • Azhar Sulaiman sebagai Pakcik Kassim
  • Ezlynn sebagai Sarah

OST Filem

Tajuk Lagu : Tragis
Artis : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E
Komposer : Mingaling, Imgkay, Madebyartin, Wolfy, Tuju Loca & Nash 4ward
Lirik : Tuju Loca, MK K-Clique & Chubb E

- advertisement -

Sinopsis Filem Rompak

Filem Rompak mengisahkan tentang Ashraf yang bakal melangsungkan perkahwinan tetapi telah mempertaruhkan kesemua wang simpanannya dalam satu skim pelaburan cepat kaya tanpa menyedari ianya adalah skim penipuan.

Setelah menyedari dia ditipu, Ashraf mula mencari ketua scammer tersebut iaitu Farouk. Dalam masa yang sama, dia juga turut berkenalan dengan beberapa mangsa scam yang lain senasib dengannya iaitu Daniel, Sarah dan Pakcik Kassim.

Mangsa kemudian dikumpulkan oleh seorang wanita misteri, Nadia yang mengakui pernah bekerja dengan Farouk pada masa lalu, pelaku yang telah menipu mereka. Mereka mula merancang misi. Adakah mereka berjaya dapatkan duit kembali dan membalas dendam terhadap Farouk?

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here