- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem Remp-It 2 yang akan menemui penonton semua serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 November 2022 (Khamis). Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang bagi menonton filem ini.

Remp-It 2 merupakan kesinambungan daripada Remp-it (2006) yang lalu dimana telah menceutskan fenomena tersendiri ketika itu. Kini selepas 16 tahun mereka kembali dengan nafas baru yang pastinya lebih aksi dan jalan cerita yang lebih matang berkaitan aksi perlumbaan motosikal.

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 24 November 2022 (Khamis)
Penulis Skrip : Faten Syamimie
Pengarah : Farid Kamil
Produksi : FKX Film

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem aksi ini seperti Farid Kamil, Cat Farish, Niezam Zaidi, Izzue Islam, Farez Ridzwan, Ahirine Ahirudin, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Julia Hana, Rudy Norman, Faizal Hussein, Azlan KOmeng, Aiman Tino, Black Hanifah dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Farid Kamil sebagai Madi
  • Cat Farish sebagai Macha
  • Niezam Zaidi sebagai Spark
  • Julia Hana sebagai Ieka
  • Azlan Komeng sebagai Komeng

Sinopsis Filem Remp-It 2

Filem Remp-It 2 merupakan kesinambungan kehidupan Madi 16 tahun selepas kejadian yang menimpa Madi dan Spark dulu. Madi sekarang bekerja sebagai instructor di sebuah pusat latihan motosikal yang dimiliki oleh Roy dan mengusahakan bengkel bersama Macha.

Selepas kejadian itu, Madi sudah berazam untuk tidak berlumba dan meninggalkan dunia rempitnya. Kini Madi fokus sebagai pelumba professional.

Pada suatu hari, secara tidak sengaja Madi telah berentap di jalanraya dengan Ajak, orang Spark. Madi yang cuba mengelak dari terlibat dalam perlumbaan haram membuat helah dengan meninggalkan perlumbaan tersebut. Namun Ajak tidak berpuas hati dan sekali lagi menerjah Madi di jalanraya dan berlumba sekali lagi tetapi kali ini bersama Dekwan dan konco-konconya.

Berita kemunculan Madi sampai ke pengatahuan Spark yang berada di dalam penjara. Spark bakal dibebaskan tidak lama lagi dan dia tidak sabar untuk berentap semula dengan Madi.

Sedang Madi cuba lari dari hakikat bahawa dia sudah kembali berlumba, muncul seorang kanak-kanak bernama Muhammad yang mengaku sebagai anak Madi. Madi dan Macha hilang punca kerana tidak tahu siapa ibu Muhammad.

Kemunculan Muhammad menambahkan beban dalam kepala Madi. Dia tidak pernah mendekati kanak-kanak dan kini terpaksa hidup bersama seorang kanak-kanak.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here