Jangan lupa saksikan filem Qodrat yang akan menemui penonton Malaysia serentak di pawagam seluruh negara mulai 24 November 2022 (Khamis). Anda boleh dapatkan tiket wayang sekarang bagi menonton filem ini.
Filem seram Indonesia ini telah menggegarkan negara seberang sejak 27 Oktober lalu. Kini giliran penonton Malaysia menyaksikan karya ini yang katanya filem paling seram Indonesian tahun 2022.
Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 24 November 2022 (Khamis)
Pengarah : Charles Gozali
Penulis Skrip : Gea Rexy, Asaf Antariksa & Charles Gozali
Produksi : Magma Entertainment, Rapi Films & Astro Shaw Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Vino G Bastian, Marsha Timothy, Maudy Effrosina, Randay Pangalila, Cecep Arif Rahman, Keanu Azka Briansyah, Jason Bangun, Pritt Timothy, Whani Darmawan, Agla Artalidia, Rezca Syam dan ramai lagi.
Watak Lakonan
- Vino G Bastian sebagai Ustaz Qodrat
- Marsha Timothy sebagai Yasmin
- Maudy Effrosina sebagai Asha
- Randay Pangalila sebagai Zafar
- Cecep Arif Rahman sebagai Rochim
- Keanu Azka Briansyah sebagai Alif Amri
Sinopsis Filem Qodrat
Filem Qodrat mengisahkan tentang Ustaz Qodrat yang berpuluh tahun menggunakan ilmu ruqyah untuk menolong orang ramai namun gagal meruqyahkan anaknya sendiri iaitu Alif Al Fatanah yang dirasuki syaitan bernama Assuala.
Disebabkan itu, Qodrat pulang ke sekolah asalnya. Namun, ketika sampai di sana, Qodrat merasakan tempatnya tidak seperti dahulu apabila berlaku gangguan-gangguan yang tidak dapat dijelaskan.
Dalam masa yang sama, Qodrat perlu meruqyah Alif Amri iaitu anak bongsu kepada Yasmin yang memiliki nama sama seperti awrah anaknya. Ketika inilah, dia sekali lagi diuji dan adakan dia akan menerusi kemarahannya atau kembali menemukan keimanannya.



