Astro bawakan sebuah filem tempatan terbaru untuk tahun 2021, Proksi yang bakal bersiaran dan menemui penonton di Astro First bermula 18 November 2021.
BACA : Filem Mat Bond Malaya (Astro First)
Sebuah filem local yang jarang kita lihat apabila genre ‘cyber thriller’ dipertengahkan iaitu berkaitan dengan dunia penggodam (hacker) dan ‘cyber crime’ disamping adegan aksi untuk membuat penonton tidak senang duduk
Tayangan : Astro First
Pengarah : Zulkarnain Azhar
Produksi : FEG Equipment
Pelakon : Bront Palare, Ashraf Sinclair, Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha, Sangeeta Krishnasamy, Susah Lankester dan ramai lagi.
- Bront Palarae sebagai Sam
- Ashraf Sinclair sebagai AMAN
- Sangeeta Krishnasamy sebagai Elle
- Remy Ishak sebagai Aqil
- Faizal Hussein sebagai Roy
- Datuk Rosyam Nor sebagai Remy


Sinopsis Filem Proksi
Filem Proksi mengisahkan tentang hacker elit, Sam bersama rakannya Aman yang telah melarikan diri ke Bangkok. Maka bermulalah plot penceritaan ketika berada di negara tersebut.
Tanpa pengetahuan Sam, Aman bekerjasama dengan Elle menggodam ‘platform keselamatan data’ tentang Malaysia yang dikenali sebagai MYSOIL untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE. Dalam yang sama, Aman mencuti wang CARRIE.
Seorang tentera upahan bernama Aqil cuba mengesan dan mendapatkan kembali wang tersebut. Sam pula telah ditangkap dan disoal siasat oleh dua penyiasat, Roy dan Remy.
Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran ‘berita palsu’ yang mampu membahayakan negara.
Waktu Tayangan
Jangan lupa untuk saksikan filem Proksi yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula 18 November 2021. Anda juga boleh strim secara On Demand atau menerusi Astro Go.
Dengan hanya RM15, anda boleh tonton dalam tempoh 2 hari (48 jam) secara berulang-ulang.