- advertisement -

Astro sekali lagi membawakan sebuah filem terbaru ‘Penunggang Agama 2’ iaitu kesinambungan daripada filem Penunggang Agama sebelum ini melalui Astro First bermula 19 Oktober 2021.

Melalui filem Penunggang Agama sebelum ini, filem kerjasama antara Astro Shaw dan SKOP Productions ini mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu kutipan mencecah RM3 juta.

Filem sekuel Penunggang Agama 2 masih mengekalkan pelakon utama Zul Ariffin dan Azira Shafinaz. Tetapi kali ini dengan penambahan watak yang pastinya akan memberikan lagi keterujaan ketika menonton.

Tayangan : Astro First
Pengarah : Syafiq Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Produksi : Skop Productions Sdn. Bhd. & Astro Shaw Sdn. Bhd.

- advertisement -
penunggang agama 2

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha dan ramai lagi.

  • Zul Ariffin sebagai Amir
  • Tony Eusoff sebagai Father Micheal
  • Azira Shafinaz sebagai Ana
  • Johan As’ari sebagai Hafiz
  • Puteri Nurqaseh sebagai Sarah
  • Salina Saibi sebagai Huda
  • Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas
  • Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas
  • Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar
  • Sharifah Aisyarha sebagai Anim
penunggang agama 2

Sinopsis Filem Penunggang Agama 2

Filem ‘Penunggang Agama 2’ merupakan sekuel atau kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.

Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka

Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah.

penunggang agama 2

Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.

Waktu Tayangan

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menonton filem Penunggang Agama 2 yang akan mula ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 19 Oktober ini dengan langganan RM15.00 untuk 48 jam

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here