- advertisement -

Astro akan bawakan sebuah filem komedi sci-fi dengan judul Operasi UFO yang bakal bersiaran di pawagam rumah anda bermula 5 Februari 2022 menerusi saluran Astro First.

Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana jalan cerita yang tidak berat disamping lawak jenaka yang bakal menghidupkan lagi plot penceritaan yang dilontarkan oleh barisan pelakon yang terlibat

Tayangan : Astro First (Saluran 480)
Pengarah : Khairul Anuar Mat Nor (Abang Warna)
Penulis Skrip : Kent Tan
Produksi : MBC Pictures Sdn. Bhd.
Pelakon : Wan Hanafi Wan Su, Fauziah Nawi, Tokoh Sathia, Louisa Chong Abdullah, Sharif Zero, Jasmine Hamid, Munir Zainal, Rudy Mulyady, Fahrin Ahmad, Vicha, Redza Rosli, Rozita Che Wan, Hairi Anak Wayang, Wan Shade Adeline Tsen dan ramai lagi

operasi ufo

Sinopsis Filem Operasi UFO

Filem Operasi UFO mengisahkan tentang sekumpulan sahabat baik di rumah orang-orang tua iaitu Prof. Din, Dato Rozita, Madam Angpau dan VJ yang bercadang melarikan diri ke Batu Pahat untuk mencari tapak pendaratan Kapal Angkasa UFO.

- advertisement -

Ini kerana, dikatakan Alien bersama UFO dari Planet 9 menjanjikan manusian di bumi untuk kehidupan abadi dengan membawa mereka ke planet baru.

Apabila mereka tiba di destinasi, sangat mengejutkan mereka kerana tiada kapal angkasa. Akhirnya Prof Din mendedahkan kebenaran. Apakah perkara sebenarnya berlaku?

  • operasi ufo
  • operasi ufo

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Operasi UFO yang akan bersiaran bermula 5 Februari ini, hari Sabtu secara eksklusif di Astro First 480.

Anda boleh langgan filem ini dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam. Anda boleh tonton secara berulang-ulang juga menerusi Astro Go.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here