- advertisement -

Sebuah lagi filem yang akan bakal disiarkan menerusi panggung wayang di rumah, Astro First iaitu filem Mat Bond Malaya. Filem ini anda boleh mula tonton bermula 20 Julai 2021. Sebuah filem dengan genre aksi, komedi dan sci-fi.

BACA : Filem Sabda Kekasih: Manifestasi Cinta Agung Di Astro First

Mat Bond Malaya merupakan karya pertama Nabil Ahmad sebagai pengarah yang telah pun disiapkan sebelum negara dilanda wabak COVID-19 pada awal tahun 2020 yang lepas. Tetapi filem ini sedikit sebanyak menceritakan tentang virus dan lockdown tau. Mesti menarik untuk ditonton nanti.

Tayangan : Astro First
Pengarah : Nabil Ahmad
Skrip : Nabil Ahmad
Idea Asal : Nabil Ahmad
Penerbit : Nabil Ahmad & Ashila Suhana Azizan
Produksi : KMN Production Sdn Bhd

- advertisement -
Mat Bond Malaya

Barisan Pelakon

Antara pelakon utama yang membarisi filem ini seperti Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan Farid Halus. Turut dibantu oleh Amyza Aznan, Reza Hasbi, Aloy Paradoks dan ramai lagi

Juga terdapat ramai cameo yang akan muncul dalam filem ini seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Ramli MS, Syafiq Kyle, Ning Baizura, Han Byul, Didie Alias dan ramai lagi.

Katanya lagi akan muncul 4 pengarah hebat di tengah-tengah tayangan filem iaitu Aziz M. Osman, Michael Ang, Mamat Khalid dan Ghaz Abu Bakar

  • Mat Bond Malaya
  • Mat Bond Malaya

Sinopsis Filem Mat Bond Malaya

Filem Mat Bond Malaya mengisahkan Mat (Naqiu) yang ingin menjadi seorang ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai ‘office boy’. Pada masa yang sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi.

Satu hari dunia telah digemparkan dengan serangan virus zombie yang disebarkan oleh Dr. Ebel (Azri Iskandar). Ramai yang terkena virus tersebut termasuklah ejen-ejen di M6 dan Bondi (Elizabeth Tan).

Mat tiada pilihan melainkan dan perlu mencari penawar bagi menyelamatkan semua orang sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia. Dapatkan ejen Mat Bond menyelesaikan masalah ini?

Waktu Tayangan

Filem Mat Bond Malaya mula bersiaran pada 20 Julai ini, hari Selesa menerusi Astro First. Anda boleh sewa dengan harga RM15 untuk 2 hari menerusi saluran 480.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here