Rasanya rakyat Malaysia sudah lama tidak disajikan dengan sebuah filem aksi kereta lumba. Kali ini mereka kembali melalui filem Marabahaya Underground yang akan disiarkan di Astro First bermula 2 Disember 2021.
Sebuah filem permotoran ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Joey Daud, Hazaman, Jian Wein Jasmin Suraya dan juga menampilkan penyanyi rap terkenal, MK K-Clique.
Judul : Marabahaya Underground
Pengarah : Helmi Yusof dan Cat Farish
Skrip : Subroto Katimin
Produksi : D’edge Communication
Pelakon : Hazaman, Joey Daud, Jasmin Suraya, Jian Wein, MK K-Clique, Santesh Kumar, Dayana Roza, Scha Elinnea, Amzarul, Cat Farish, Wahid Senario, Hamdan Senario, Amir Raja Lawak, Zalif Sidek dan ramai lagi.


OST Drama
Lagu : Rival
Penyanyi : F.U.N feat. Cat Farish
Lagu : Unji, Newel, Fablo & Cat Farish
Lirik : Unji, Newel, Fablo & Cat Farish
Sinopsis Filem Marabahaya Underground
Filem Marabahaya Underground mengisahkan kehidupan Chon (Hazama) iaitu seorang peminat sukan permotoran yang sangat mengidolakan Raja Drift Malaya, Shah Dhani (Joey Daud) yang juga seorang kaki judi.
Tanpa sedar, Shah telah mempergunakan Chon untuk melepaskan dirinya daripada hutang dan berjanji untuk menjadikan Chon anak didiknya dalam dunia ‘drift’ di Malaysia. Chon terjebak dalam kancah pekerjaan penghantaran duit dan barang terlarang
Setelah Shah melatih Chon, tiba masanya dia menyertai satu perlumbaan haram yang besar, ‘Mara Underground’ demi merebut wang hadiah yang lumayan.
Waktu Tayangan
Anda boleh mula saksikan tayangan filem Marabahaya Underground pada 2 Disember 2021 menerusi saluran Astro First atau secara On Demand. Langgan dengan harga RM15 untuk 38 jam (2 hari) dengan tontonan pada bila-bila masa sahaja.