Jangan lupa saksikan filem Lockdown Love mulai 6 Ogos 2022 yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480 atau tonton secara On Demand. Anda boleh sewa dengan harga RM15 untuk tontonan selama 2 hari.
Tayangan : Astro First 480
Tarikh : 6 Ogos 2022 (Sabtu)
Idea Asal : Faliq Sharif
Penulis Skrip : Ekim Emir
Pengarah : Faliq Sharif
Produksi : Urgen Sdn. Bhd.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi telefilem ini seperti Syafiq Kyle, Azizul Ammar, Nadia Brian, Sheera Edora dan ramai lagi
Watak Lakonan
- Syafiq Kyle sebagai Muzamer
- Azizul Ammar sebagai Anas
- Nadia Brian sebagai Melissa
Sinopsis Filem Lockdown Love
Filem Lockdown Love mengisahkan tentang Muzamer yang mempunyai perasan terhadap Melissa sejak dibangku sekolah lagi. Akhirnya 10 tahun selepas mereka tamat sekolah, Muzamer berazam untuk meluahkan perasaannya terhadap Melissa pada perhimpunan perjumpaan kumpulan mereka.
Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila seminggu sebelum reunion batch mereka, kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan atau Lockdown ekoran kes Covid-19 yang melanda negara.
Muzamer bertambah kecewa apabila mengetahui Melissa masih bujang. Baginya itu sahaja peluangnya. Rakan baiknya, Anas, mencadangkan agar dia cuba mendapatkan Melissa melalui atas talian atau secara online menerusi aplikasi media sosial.

