- advertisement -

Sebuah filem romantik komedi berjudul Kongsi Raya akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sempena Tahun Baru Cina ini bermula 3 Februari 2022.

Filem dwi-bahasa (melayu & cina) yang menampilkan barisan pelakon baru dan lama terdiri daripada Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskandar dan Erra Fazira.

Tayangan : Seluruh pawagam seluruh Malaysia
Pengarah : Teddy Chin
Pelakon : Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin dan ramai lagi

kongsi raya

Sinopsis Filem Kongsi Raya

Filem Kongsi Raya mengisahkan percintaan antara Jack seorang chef cina dan Sharifah seorang gadis melayu. Jack seorang pengurus dan chef sebuah restoren miliknya ayahnya, manakala Sharifah seorang penerbit program TV untuk chef selebriti iaitu bapanya, Rahim.

- advertisement -

Walaupun mereka bercinta, tetapi kedua-dua bapa mereka tidak merestui dan menentang hubungan mereka sehinggalah perkara ini menjadi tegang untuk kedua-dua keluarga tersebut.

Dengan itu, maka tercetuslah cabaran antara satu sama lain iaitu sebuah pertandingan memasak yang bakal di siarkan di televisyen. Oleh itu, Jack dan Sharifah mesti mencari penyelesaian terbaik sebelum semua ini menjadi tidak terkawal.

  • kongsi raya
  • kongsi raya
  • kongsi raya

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan filem Kongsi Raya yang akan ditayangkan bermula 3 Februari 2022 ini dimana ianya akan disiarkan di seluruh pawagam di seluruh negara.

Boleh tempah dan beli tiket sekarang

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here