- advertisement -

Selepas 3 kali tunda tayangan, akhirnya filem Kenderaan Berat Ikut Kiri secara rasmi akan ditayangkan di pawagam rumah anda (Astro First) pada 18 Februari ini.

Filem ini ditunda sejak PKP 1.0 dulu lagi. Jadi dari bulan ke bulan ianya ditunda sehingga ke saat ini. Filem romantik komedi yang menampilkan gandingan Syafie Naswip dan Sweet Qismina dan beberapa pelakon hebat lain lagi.

BACA : Saksikan Filem Hantu Bonceng 2.0 Di Astro First

Tayangan : Astro First
Pengarah : Jefry Talib
Skrip : Mimie Zakaria dan Panel Cineorama
Pelakon : Syafie Naswip, Sweet Qismina, Satiya, Ropie, Ebby Yus, Kuna Muzani, Syuhaida Abraz (Dottie) dan ramai lagi

- advertisement -
kenderaan berat ikut kiri

Sinopsis Filem Kenderaan Berat Ikut Kiri

Mengisahkan perkenalan tanpa sengaja pengendali jentera ladang, Adam (Syafie Naswip) dengan Lisa (Sweet Qismina) yang membibit hubungan percintaan. Konflik timbul apabila Adam mendapat tahu bapa Lisa, Uncle Don (Ropie) seorang ketua penjenayah pemerdagangan manusia.

Berjayakah Adam menawan hati Lisa dan sindiket Uncle Don dapat ditumpaskan? Nantikan filem ini akan ditayangkan di pawagam rumah anda pada 18 Februari ini.

Waktu Tayangan

Anda boleh mula tonton filem Kenderaan Berat Ikut Kiri pada 18 Februari 2021 di Astro First (CH480). Dengan bayaran RM15, anda boleh nikmati tontonan selama 2 hari (48 jam). Boleh juga tonton secara On Demand atau melalui aplikasi Astro Go

- advertisement -

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here