- advertisement -

Jangan lupa saksikan filem Kampung Latah The Mummy yang akan menemui penonton bermula 25 Ogos 2022 menerusi saluran Astro First 480 dan On Demand. Anda boleh sewa dan tonton selama 48 jam secara berulang-ulang dengan harga RM15.

Filem ini merupakan sekuel kepada Kampung Latah sebelum ini iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin yang telah berjaya peroleh kutipan sebanyak RM1 Juta dan kini kembali dengan genre seram komedi.

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 25 Ogos 2022 (Khamis)
Idea Asal : Hazil Izham Ismail & Nazia Mustafar
Penulis Skrip : Azizi Hj Adnan & Ilham Abata
Pengarah : Azizi ‘Chunk’ Haji Adnan
Produksi : Megapine (M) Sdn. Bhd.

Pelakon

Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini seperti Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, Ps Mansur, Din Latah, Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Puteh, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Wanie Ooi, Shashic Iewan, Riezman Khuzaimi, Ilham Abatan, Delimawati, Ann Abdullah dan ramai lagi.

- advertisement -

Watak Lakonan

  • Azhan Rani sebagai Ajin
  • Nazia Mustafar sebagai Jamilah
  • Ieda Moin sebagai Eton
  • Ps Mansur sebagai Mansur
  • Din Latah sebagai Din
  • Adlin Aman Ramli sebagai Mummy
  • Bell Ngasri sebagai Abon
  • Sharif Zero sebagai B-boy
  • Mamak Puteh sebagai Aaron
  • Syuk Sahar sebagai Usin Markup
  • Acong Sweetchild sebagai Kontraktor Acong
  • Wanie Ooi sebagai Pontianak
  • Shashic Iewan sebagai Syafiq Gagap

Sinopsis Filem Kampung Latah The Mummy

Kampung Latah…The Mummy bakal menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya.

Kisah Kampung Latah The Mummy bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk.

Seperti biasa geng latah iaitu Ajin, Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here