- advertisement -

RTM bawakan sebuah filem aksi permotoran Kampung Drift yang akan menemui penonton pada 23 Julai 2022, hari Sabtu pada pukul 10.30 malam di slot Screen On 2 di TV2 dan online di RTM Klik

Tayangan : Slot Screen On 2 di TV2
Tarikh : 23 Julai 2022 (Sabtu)
Waktu : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Nevin Hiong
Pengarah : Nevin Hiong
Produksi : Mico Studios

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi filem ini seperti Fatin Afeefa, Pablo Amirul, Pekin Ibrahim, Syafie Naswip, Zalfa Zin, Syazwan Yunos, Chen Sin Foo, Esma Daniel, Kamarol Haji Yusuf, Ieda Moin dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Fatin Afeefa sebagai Julia
  • Pablo Amirul sebagai Ray
  • Pekin Ibrahim sebagai Acai
  • Syafie Naswip sebagai Johan

Sinopsis Filem Kampung Drift

Filem Kampung Drift mengisahkan tentang pengembaraan hidup seorang remaja bernama Johan dalam mencari erti kejayaan dan kehidupan menerusi sukan drift yang berkait rapat dengan sejarah hidupnya.

- advertisement -

Walaupun ditentang keras oleh ayahnya untuk menyertai sukan drift, minat Johan terhadap sukan itu tidak pernah pudar. Bersama-sama kawan baiknya, Bojeng, pakciknya, Ajoi, dan saintis ‘gila’, Pak Idon, dia akan menggunakan apa sahaja cara untuk melibatkan diri secara aktif dalam sukan pemotoran drift itu.

Minat Johan mula bertukar menjadi sebuah impian besar apabila dia mendapat tahu sejarah hitam ayahnya yang berkait rapat dengan sukan drift. Namun, penglibatan Johan dalam sukan drift ini menghadapi jalan sukar apabila dia terlibat dalam pelbagai konflik diri, masalah cinta dan persaingan di antara Julia, Shiela dan Ray, drifter ternama dari Kuala Lumpur.

Semua ini pula bakal membawa kepada kematian orang yang disayanginya. Johan cuba mengubah sejarah dengan menggunakan mesin merentas masa untuk kembali ke masa silam. Berjayakah dia? Semuanya bakal terjawab dalam Kampung Drift.

- advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here